Pages

Saturday, October 20, 2012

Hati Yang Terluka (Bab 4)



4
Dua bulan telah berlalu. Peperiksaan PMR makin hampir. Sehingga sekarang Wan masih tidak dapat memujuk hati Tasya. Semua permintaan maafnya tidak dipedulikan oleh Tasya. Hubungan Tasya dengan Hariz pula makin akrab. Disaat cinta mula berputik di hati Tasya, Wani pula membuat onar. Tasya mula terpikat dengan keperibadian yang ditonjolkan oleh Hariz. Sememangnya Wani tidak boleh melihat orang lain mendapat lebih daripada dia. Oleh sebab itu Wani cuba memikat Hariz. Dia tidak mahu Hariz dan Tasya bersatu.
Wani baru sahaja sampai di tempat letak basikal. Kebetulan dia ternampak Hariz sedang meletak basikal di bawah pokok. Terus dia menegur, “Hai Riz, Tasya mana? Tak datang dengan diakah hari ini?” Wani mula memasang umpan.
“Tasya tak datanglah hari ini. Dia demam. Kenapa kau tanya pasal dia? Dia tak beritahu kau?” jawab Hariz.
“Kalau ada apa-apa, mana ada dia beritahu aku. Selalunya dia cerita pada Lina saja. Aku ini bukan kawan baik dia kot.”
“Kau ni, tak baik cakap macam tu tahu. Tasya mungkin lupa nak beritahu kau sebab tadi aku  jenguk dia, dia macam tak larat saja nak bangun. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan tentang dia. Okeylah aku pergi dulu. Loceng pun dah nak bunyi ni. Aku tak nak kena denda.” Hariz  pergi meninggalkan Wani bersendirian.


Di dalam kelas, suasana senyap sahaja tidak seperti biasa walaupun cikgu belum masuk ke kelas. Mana tidaknya peperiksaan PMR hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Masing-masing mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Sudahlah berada di kelas pertama, kalau result teruk dah tentu malu. Tiba-tiba Zack bertanya, “Riz, mana Tasya? Dia tak datangkah hari in? Aku ada soalan nak tanya dia ni.”
“Dia demamlah Zack. Kau nak tanya soalan apa pada dia? Manalah tahu aku boleh tolong jawabkan. Tak payahlah nak tunggu dia.” Jawab Hariz.
“Ini soalan peribadilah. Dah tentu kau tak boleh jawab punya. Macam mana hubungan kau dengan dia? Aku tengok kau dengan dia makin mesra nampak. Ada yang specialkah antara kau dengan dia?” tanya Zack lagi.
“Eh, mana ada apa-apa. Aku dengan dia kawan sajalah. Tak lebih pun. Kenapa? Kau takut bersaing dengan aku? Jangan risaulah aku tak ada apa-apa dengan dia. Aku nak concentrate dengan study saja sekarang ni. Malaslah nak fikir pasal benda lain. Buat semak kepala otak aku saja. Kalau kau nak dia, bersainglah dengan Iwan. Dah dua bulan Wan cuba tak dapat-dapat tahu. Manalah tahu kau dapat pikat dia pula.”
“Eleh kau, konon tak ada apa-apa perasaan pada Tasya. Macamlah aku tak nampak cara kau pandang Tasya macam mana. Tapi elok jugalah kau cakap macam tu, sekurang-kurangnya aku masih ada chance lagi. Kau jangan menangis pula kalau aku berjaya pikat dia.”
“Kau tak payah takut dengan akulah. Wan tu yang sepatutnya kau risaukan. Dia yang minat gila pada Tasya. Tapi malangnya cara dia dah salah.”
“Aku tahulah kau tu pakar dalam pikat perempuan. Aku rasa Tasya tu dah sangkut pada kau. Kau jangan main-mainkan dia. Apa-apa pun dia tetap kawan aku tahu. Kalau aku dapat tahu kau sakitkan hati dia, siaplah kau.”
“Apa-apalah Zack. Asalkan kau bahagia. Eh, cikgu dah masuklah. Lebih baik kau pergi duduk kat kerusi kau. Karang tak pasal-pasal kau kena marah.” Kata Hariz menamatkan perbualan mereka. ‘Hmm....bosanlah aku kalau Tasya tak ada. Dengan siapa lagi aku nak bergurau, nak bermanja.’
“Bangun semua..... assalamualaikum cikgu.” Ucap ketua tingkatan.
“Waalaikumussalam semua.” Setelah memberi salam semua pelajar duduk di tempat masing-masing. “PMR makin hampir. Semua dah buat persediaan? Saya tak mahu ada seorang pun pelajar saya yang gagal dalam PMR nanti. Faham?” ucap Cikgu Ismail.
“Kami semua dah buat persediaan cikgu. Cuma ada beberapa topik sahaja yang saya masih tak faham. Boleh cikgu terangkan pada saya?” kata Nimal Ram.
“Awak boleh ke meja saya. Saya akan terangkan apa yang kamu tak faham. Pelajar lain boleh buat ulang kaji sendiri. Jika ada yang tak faham boleh tanya pada saya.” Makin hampir dengan peperiksaan, cikgu tidak lagi mengajar. Hanya memberi latihan tambahan sahaja. Tak adalah kusut sangat kepala otak.
 Zack dan Adam berjalan ke meja Hariz. Mereka ingin belajar dalam kumpulan. “Oit... seorang nampak. Almaklumlah Tasya tak datang. Kami nak study dengan kau boleh? Belajar sendiri aku susah nak fahamlah. Tak kisahlah cukup forum ke tidak.” Kata Adam.
“Aku dah agak yang kau orang akan datang kat meja aku punya. Jomlah belajar sekali. Boleh tukar-tukar pendapat.” Balas Hariz.
“Ha! Tahu pun kau. Itulah yang aku dengan Adam nak buat ni.” Zack mencelah.

Waktu berlalu begitu pantas sekali. Rasa macam baru sekejap. Tiba-tiba loceng berbunyi. Menandakan waktu rehat. ‘Tak nak makanlah hari ni. Tasya bukannya ada pun. Tak ada benda yang boleh aku pandang hari ni. Lebih baik pergi library baca surat khabar. Dapat juga tahu isu semasa.’ Bisik hati Hariz. Sedang dia berjalan menuju ke perpustakaan, dia terdengar seseorang memanggil namanya. ‘Siapa pulalah yang sibuk panggil-panggil aku ni.’
“Hariz.......! tunggulah kejap.” Jerit Wani.
“Kau nak apa ni Wani? Mengacau saja.” Hariz menoleh ke belakang dan berkata.
“Alahai, itu pun nak marah? Kau tak pergi kantin? Aku laparlah.” Kata Wani.
“Malaslah nak makan hari ni. Kenapa? Kalau kau lapar pun, apa kena mengenanya dengan aku. Kau pergilah dengan Lina dah Izyan. Selalunya kau orang memang selalu bersama. Kau dengan dia orang bergaduhkah? Kau seorang saja hari ni.” Balas Hariz sambil berjalan.
“Mana ada. Kita orang tak gaduhlah. Cuma aku dah kena tinggal. Sebab siapkan nota tadi. Lina dan Izyan dah jalan dulu. Kau free tak hujung minggu ni?” tanya Wani tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Aku ingatkan nak ajak kau pergi tengok wayang. Itupun kalau kau free. Kalau tak, tak apalah.”
“Kau ajak aku sajakah? Tak ajak budak-budak lain sekali? Tasya kau tak nak ajak?”
“Nak buat apa ajak budak lain. Kita berdua dahlah. Kau cakap Tasya demam. Takkan nak ajak dia juga.”
“Sorrylah Wani. Hujung minggu ni aku dengan keluarga aku nak balik kampung. Ada kenduri sikit. Kau pergilah ajak budak lelaki lain yang tergila-gilakan kau tu kononnya. Aku tak bolehlah. Okeylah aku pergi library dulu. Tadi kau cakap kau laparkan? Itu ada si Ikram. Kau pergilah dengan dia.” Kata Hariz sambil pergi meninggalkan Wani termangu sendiri.‘Malas aku nak layan si Wani ni. Merepek saja. Kalau Tasya ada, tak ada pula dia menggedik macam tu depan aku.’ Hariz berkata dalam hati.


Di hadapan perpustakaan, sedang Hariz membuka kasut, ada seorang lelaki menegurnya. “Hoi Riz, seorang saja? Tasya mana? Aku tak nampak batang hidung dia pun hari ni. Dia tak datangkah? Kenapa dia tak datang hah? Demam ya?” tanya Syam.
“Eh, macam mana kau tahu Tasya demam?” tanya Hariz kembali.
“Eleh, aku tahulah. Tasya itukan kawan aku daripada sekolah rendah. Dia tak pernah tak datang sekolah tanpa sebab. Aku dah masak sangat dengan perangai dia. Kau dengan dia macam mana hah? Aku dengar kau dengan Tasya tengah hangat sekarang ni. Kasihan si Wan tu.” Balas Syam.
“Apasal pula kau nak kasihankan si Wan tu? Bukankah kau pun tak suka Wan rapat dengan Tasya? Kau pun ada hati pada dia lagikan? Aku tahulah Syam. Tak payah nak berahsia dengan aku. Tapi, aku nasihatkan kau jauhkan saja diri kau dari Tasya. Kau kan dah ada Suhaila. Nanti mengamuk awek kau. Tak pasal-pasal saja Tasya kena. Tasya dah lupakan kau pun. Cerita kau dengan dia dah berlalu. Kau jangan lupa tu.”
“Aku tak lupalah Riz. Aku cuma nak pesan pada kau, jangan main-mainkan Tasya. Aku tahu dia dah mula suka pada kau. Kalau kau tak ada perasaan pada dia, lebih baik kau cakap pada dia awal-awal. Aku tak suka tengok dia sedih. Kalau boleh, aku nak tengok dia gembira selalu. Aku tahu aku tak mampu buat dia gembira. Aku harap kau faham maksud aku. Okeylah, aku chaw dulu.” Syam terus pergi dari situ. Hariz pula masuk ke perpustakaan dan mengambil surat khabar untuk dibaca. Dia mengambil tempat di meja belakang sekali. Di situ ada beberapa orang rakannya yang sedang membaca buku.
“Adam, apa pasal kau tak tunggu aku tadi?” Bisik Hariz ke telinga Adam.
“Manalah aku tahu. Aku ingatkan kau dah pergi kantin. Yelah, selalunya kau gerak dengan Tasya. Aku lupa pula yang Tasya tak datang hari ini.” Jawab Adam.
“Adam, aku nak tanya kau sikit boleh? Kenapa dengan si Wani hah? Lain macam saja. Tiba-tiba pula pelawa aku tengok wayang dengan dia hujung minggu ini.” Tanya Hariz tiba-tiba.
“Dia nak ngurat kau lah itu. Tasya tak ada beranilah dia kacau kau. Dia kan belagak lawa. Kononnya tak ada lelaki yang akan tolak dia. Kau hati-hatilah dengan dia. Jangan kau terperangkap pula sudah. Mengamuk Tasya nanti. Kau sayangkan Tasya kan?” jawab Adam.
“Merepeklah kau. Tak ada maknanya aku terpikat dengan si Wani tu. Hanya Tasya saja dalam hati aku. Tak kisahlah Tasya suka aku ke tak.”
“Hah, ngaku pun kau. Dalam kelas tadi tak nak ngaku. Cakap slow sikit. Nanti Wani dengar baru kau menggelupur.” Adam mengingatkan Hariz.
“Eleh, tak heran pun. Biarlah dia dengar. Biar dia sedar diri sikit. Wan mana hah? Tak nampak dia pun sejak aku masuk tadi. Takkan dia marah kat aku lagi kot. Aku bukannya sengaja nak rampas Tasya daripada dia. Lagipun dia sendiri yang tak reti jaga Tasya.”
“Entah. Mana aku tahu. Aku pun tak nampak dia dari pagi tadi. Dia tak datang juga kot. Entah-entah dia pergi pujuk Tasya dekat rumah. Habislah kau Riz kalau Wan berjaya pujuk Tasya. Kau juga yang melopong nanti.” Jawab Adam selamba. Hariz buat tidak dengar sahaja dengan kata-kata Adam. Dia pasti Tasya tak akan mudah menerima Wan kembali.

Petang itu Hariz mengambil keputusan untuk ke rumah Tasya. Satu hari tak nampak wajah Tasya macam setahun lamanya. “Assalamualaikum. Mak cik, Tasya ada?” Hariz bertanya kepada ibu Tasya.
“Waalaikumsalam. Oh, Riz rupanya. Tasya ada kat dalam. Jemputlah masuk. Riz seorang sajakah? Selalunya datang ramai- ramai.”
“Haah... saya seorang saja. Kawan-kawan lain semua ada hal.” Tipu Hariz. Walhal dia memang tidak merancang dengan kawan-kawan lain untuk ke rumah Tasya.
Ketika Hariz melangkah masuk ke dalam rumah Tasya, Tasya sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen. “Eh, Riz bila kau sampai? Tak bagitahu aku pun yang kau nak datang.” Tasya terperanjat apabila wajah Hariz melindung kaca tv. Lantas dia bangun untuk duduk.
“Saja tak nak bagitahu. Nak buat kejutan. Awak dah sihat? Boringlah awak tak ada. Saya macam orang bodoh saja hari ini awak tahu.” Adu Hariz kepada Tasya.
“Alahai kesiannya dia. Datang rumah ini sebab rindulah ya?” Tasya bertanya.
“Tahu pun awak. Dari awal saya masuk sekolah itu, mana pernah awak tak ada di sisi saya. Sebab itulah saya rindu awak. Lagi-lagi perasaan sayang untuk awak ini makin bertambah. Seksa rasanya kalau awak tak ada.” Ucap Hariz.
“Ya? Aku pun rindu kau juga. Mesti kau tak percaya kalau aku cakap macam itu. Tapi terpulanglah pada kau sama ada nak percaya atau tidak.” Tasya meluahkan rasa rindunya terhadap Hariz.
“Betulkah ini? Saya tak salah dengarkan? Saya nak tanya awak satu soalan. Awak jawab dengan jujur tahu. Awak cintakan saya tak?” Hariz bertanya dengan wajah penuh mengharap.
Tasya pula hanya mengangguk kepala. Dia malu untuk menjawab. Dia sendiri tak sedar bila perasaan cinta itu berputik untuk Hariz. Yang dia tahu dia sentiasa gembira di samping Hariz.
“Hahaha.... Tasya, awak tak main-mainkan? Awak nak tahu tak, dekat sekolah tadi Adam dengan Zack cakap Iwan tak datang sebab nak pujuk awak. Saya takut kalau awak terima dia balik.” Ucap Hariz.
“Riz, aku tak main-mainlah. Untuk apa main-main dengan perasaan sendiri. Aku tak tahu pula yang Iwan pun tak datang hari ini. Jangan takut okey. Aku takkan terima Iwan kembali dalam hidup aku. Aku dah tak ada apa-apa perasaan pada dia. Dia cuma seorang kawan dan tak lebih daripada itu.” Tasya menenangkan Hariz.
“Terima kasih Tasya. Sudi juga awak terima cinta saya. Tak sia-sia penantian saya selama ini. I love you so much Tasya.”
I love you too. Eh, jemputlah minum. Penat saja mak aku buat air.” Merah padam wajah Tasya ketika membalas ucapan cinta Hariz.
“Tasya, sejak bila awak mula cintakan saya?” Hariz sengaja bertanya.
“Tak tahu. Riz jangan tanya soalan macam itu lagi boleh tak? Sya tak nak dengarlah. Lagi satu, boleh tak Riz rahsiakan dulu perkara ini? Sya tak nak budak-budak kecoh nanti. Bolehkan?”
“Baiklah sayang. Esok Sya pergi sekolah tak? Jangan tinggalkan Riz sendiri lagi.”
“Esok? Mestilah Sya pergi. Demam pun dah kebah. Lagipun PMR kan dah dekat. Banyak yang Sya tak faham lagi. Lagi-lagi subjek sejarah. Riz pun tahu Sya memang lemah dalam subjek itu.” Tasya menjawab.
“Bab itu tak ada hallah. Riz leh tolong ajarkan. Esok pagi Riz datang rumah Sya dulu. Kita pergi sekolah sama okey.” Kata Hariz.
“Hmm... okey. Riz, pagi tadi ada yang tanya tentang Sya tak? Cikgu pun tak cakap apa-apakan?” Tasya bertanya.
“Tak ada pula. Kenapa?” jawab Riz.
“Tak ada apa. Saja tanya. Tak boleh?”
“Boleh sayang. Okeylah Sya, Riz kena balik dulu. Dah janji dengan mama nak balik sebelum pukul 6.00 petang. Kita jumpa esok ya.”
“Hmm....okey. Hati-hati bawa basikal tu. Jangan asyik mengelamun saja. Ingat pesan Sya ni.” Tasya berkata.
“Ya Sya. Riz akan ingat selalu pesanan Sya tu. Riz balik dulu okey. Bye.” Ucap Riz sambil melambai tangan ke arah Tasya.