Pages

Saturday, October 20, 2012

Hati Yang Terluka (Bab 4)



4
Dua bulan telah berlalu. Peperiksaan PMR makin hampir. Sehingga sekarang Wan masih tidak dapat memujuk hati Tasya. Semua permintaan maafnya tidak dipedulikan oleh Tasya. Hubungan Tasya dengan Hariz pula makin akrab. Disaat cinta mula berputik di hati Tasya, Wani pula membuat onar. Tasya mula terpikat dengan keperibadian yang ditonjolkan oleh Hariz. Sememangnya Wani tidak boleh melihat orang lain mendapat lebih daripada dia. Oleh sebab itu Wani cuba memikat Hariz. Dia tidak mahu Hariz dan Tasya bersatu.
Wani baru sahaja sampai di tempat letak basikal. Kebetulan dia ternampak Hariz sedang meletak basikal di bawah pokok. Terus dia menegur, “Hai Riz, Tasya mana? Tak datang dengan diakah hari ini?” Wani mula memasang umpan.
“Tasya tak datanglah hari ini. Dia demam. Kenapa kau tanya pasal dia? Dia tak beritahu kau?” jawab Hariz.
“Kalau ada apa-apa, mana ada dia beritahu aku. Selalunya dia cerita pada Lina saja. Aku ini bukan kawan baik dia kot.”
“Kau ni, tak baik cakap macam tu tahu. Tasya mungkin lupa nak beritahu kau sebab tadi aku  jenguk dia, dia macam tak larat saja nak bangun. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan tentang dia. Okeylah aku pergi dulu. Loceng pun dah nak bunyi ni. Aku tak nak kena denda.” Hariz  pergi meninggalkan Wani bersendirian.


Di dalam kelas, suasana senyap sahaja tidak seperti biasa walaupun cikgu belum masuk ke kelas. Mana tidaknya peperiksaan PMR hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Masing-masing mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Sudahlah berada di kelas pertama, kalau result teruk dah tentu malu. Tiba-tiba Zack bertanya, “Riz, mana Tasya? Dia tak datangkah hari in? Aku ada soalan nak tanya dia ni.”
“Dia demamlah Zack. Kau nak tanya soalan apa pada dia? Manalah tahu aku boleh tolong jawabkan. Tak payahlah nak tunggu dia.” Jawab Hariz.
“Ini soalan peribadilah. Dah tentu kau tak boleh jawab punya. Macam mana hubungan kau dengan dia? Aku tengok kau dengan dia makin mesra nampak. Ada yang specialkah antara kau dengan dia?” tanya Zack lagi.
“Eh, mana ada apa-apa. Aku dengan dia kawan sajalah. Tak lebih pun. Kenapa? Kau takut bersaing dengan aku? Jangan risaulah aku tak ada apa-apa dengan dia. Aku nak concentrate dengan study saja sekarang ni. Malaslah nak fikir pasal benda lain. Buat semak kepala otak aku saja. Kalau kau nak dia, bersainglah dengan Iwan. Dah dua bulan Wan cuba tak dapat-dapat tahu. Manalah tahu kau dapat pikat dia pula.”
“Eleh kau, konon tak ada apa-apa perasaan pada Tasya. Macamlah aku tak nampak cara kau pandang Tasya macam mana. Tapi elok jugalah kau cakap macam tu, sekurang-kurangnya aku masih ada chance lagi. Kau jangan menangis pula kalau aku berjaya pikat dia.”
“Kau tak payah takut dengan akulah. Wan tu yang sepatutnya kau risaukan. Dia yang minat gila pada Tasya. Tapi malangnya cara dia dah salah.”
“Aku tahulah kau tu pakar dalam pikat perempuan. Aku rasa Tasya tu dah sangkut pada kau. Kau jangan main-mainkan dia. Apa-apa pun dia tetap kawan aku tahu. Kalau aku dapat tahu kau sakitkan hati dia, siaplah kau.”
“Apa-apalah Zack. Asalkan kau bahagia. Eh, cikgu dah masuklah. Lebih baik kau pergi duduk kat kerusi kau. Karang tak pasal-pasal kau kena marah.” Kata Hariz menamatkan perbualan mereka. ‘Hmm....bosanlah aku kalau Tasya tak ada. Dengan siapa lagi aku nak bergurau, nak bermanja.’
“Bangun semua..... assalamualaikum cikgu.” Ucap ketua tingkatan.
“Waalaikumussalam semua.” Setelah memberi salam semua pelajar duduk di tempat masing-masing. “PMR makin hampir. Semua dah buat persediaan? Saya tak mahu ada seorang pun pelajar saya yang gagal dalam PMR nanti. Faham?” ucap Cikgu Ismail.
“Kami semua dah buat persediaan cikgu. Cuma ada beberapa topik sahaja yang saya masih tak faham. Boleh cikgu terangkan pada saya?” kata Nimal Ram.
“Awak boleh ke meja saya. Saya akan terangkan apa yang kamu tak faham. Pelajar lain boleh buat ulang kaji sendiri. Jika ada yang tak faham boleh tanya pada saya.” Makin hampir dengan peperiksaan, cikgu tidak lagi mengajar. Hanya memberi latihan tambahan sahaja. Tak adalah kusut sangat kepala otak.
 Zack dan Adam berjalan ke meja Hariz. Mereka ingin belajar dalam kumpulan. “Oit... seorang nampak. Almaklumlah Tasya tak datang. Kami nak study dengan kau boleh? Belajar sendiri aku susah nak fahamlah. Tak kisahlah cukup forum ke tidak.” Kata Adam.
“Aku dah agak yang kau orang akan datang kat meja aku punya. Jomlah belajar sekali. Boleh tukar-tukar pendapat.” Balas Hariz.
“Ha! Tahu pun kau. Itulah yang aku dengan Adam nak buat ni.” Zack mencelah.

Waktu berlalu begitu pantas sekali. Rasa macam baru sekejap. Tiba-tiba loceng berbunyi. Menandakan waktu rehat. ‘Tak nak makanlah hari ni. Tasya bukannya ada pun. Tak ada benda yang boleh aku pandang hari ni. Lebih baik pergi library baca surat khabar. Dapat juga tahu isu semasa.’ Bisik hati Hariz. Sedang dia berjalan menuju ke perpustakaan, dia terdengar seseorang memanggil namanya. ‘Siapa pulalah yang sibuk panggil-panggil aku ni.’
“Hariz.......! tunggulah kejap.” Jerit Wani.
“Kau nak apa ni Wani? Mengacau saja.” Hariz menoleh ke belakang dan berkata.
“Alahai, itu pun nak marah? Kau tak pergi kantin? Aku laparlah.” Kata Wani.
“Malaslah nak makan hari ni. Kenapa? Kalau kau lapar pun, apa kena mengenanya dengan aku. Kau pergilah dengan Lina dah Izyan. Selalunya kau orang memang selalu bersama. Kau dengan dia orang bergaduhkah? Kau seorang saja hari ni.” Balas Hariz sambil berjalan.
“Mana ada. Kita orang tak gaduhlah. Cuma aku dah kena tinggal. Sebab siapkan nota tadi. Lina dan Izyan dah jalan dulu. Kau free tak hujung minggu ni?” tanya Wani tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Aku ingatkan nak ajak kau pergi tengok wayang. Itupun kalau kau free. Kalau tak, tak apalah.”
“Kau ajak aku sajakah? Tak ajak budak-budak lain sekali? Tasya kau tak nak ajak?”
“Nak buat apa ajak budak lain. Kita berdua dahlah. Kau cakap Tasya demam. Takkan nak ajak dia juga.”
“Sorrylah Wani. Hujung minggu ni aku dengan keluarga aku nak balik kampung. Ada kenduri sikit. Kau pergilah ajak budak lelaki lain yang tergila-gilakan kau tu kononnya. Aku tak bolehlah. Okeylah aku pergi library dulu. Tadi kau cakap kau laparkan? Itu ada si Ikram. Kau pergilah dengan dia.” Kata Hariz sambil pergi meninggalkan Wani termangu sendiri.‘Malas aku nak layan si Wani ni. Merepek saja. Kalau Tasya ada, tak ada pula dia menggedik macam tu depan aku.’ Hariz berkata dalam hati.


Di hadapan perpustakaan, sedang Hariz membuka kasut, ada seorang lelaki menegurnya. “Hoi Riz, seorang saja? Tasya mana? Aku tak nampak batang hidung dia pun hari ni. Dia tak datangkah? Kenapa dia tak datang hah? Demam ya?” tanya Syam.
“Eh, macam mana kau tahu Tasya demam?” tanya Hariz kembali.
“Eleh, aku tahulah. Tasya itukan kawan aku daripada sekolah rendah. Dia tak pernah tak datang sekolah tanpa sebab. Aku dah masak sangat dengan perangai dia. Kau dengan dia macam mana hah? Aku dengar kau dengan Tasya tengah hangat sekarang ni. Kasihan si Wan tu.” Balas Syam.
“Apasal pula kau nak kasihankan si Wan tu? Bukankah kau pun tak suka Wan rapat dengan Tasya? Kau pun ada hati pada dia lagikan? Aku tahulah Syam. Tak payah nak berahsia dengan aku. Tapi, aku nasihatkan kau jauhkan saja diri kau dari Tasya. Kau kan dah ada Suhaila. Nanti mengamuk awek kau. Tak pasal-pasal saja Tasya kena. Tasya dah lupakan kau pun. Cerita kau dengan dia dah berlalu. Kau jangan lupa tu.”
“Aku tak lupalah Riz. Aku cuma nak pesan pada kau, jangan main-mainkan Tasya. Aku tahu dia dah mula suka pada kau. Kalau kau tak ada perasaan pada dia, lebih baik kau cakap pada dia awal-awal. Aku tak suka tengok dia sedih. Kalau boleh, aku nak tengok dia gembira selalu. Aku tahu aku tak mampu buat dia gembira. Aku harap kau faham maksud aku. Okeylah, aku chaw dulu.” Syam terus pergi dari situ. Hariz pula masuk ke perpustakaan dan mengambil surat khabar untuk dibaca. Dia mengambil tempat di meja belakang sekali. Di situ ada beberapa orang rakannya yang sedang membaca buku.
“Adam, apa pasal kau tak tunggu aku tadi?” Bisik Hariz ke telinga Adam.
“Manalah aku tahu. Aku ingatkan kau dah pergi kantin. Yelah, selalunya kau gerak dengan Tasya. Aku lupa pula yang Tasya tak datang hari ini.” Jawab Adam.
“Adam, aku nak tanya kau sikit boleh? Kenapa dengan si Wani hah? Lain macam saja. Tiba-tiba pula pelawa aku tengok wayang dengan dia hujung minggu ini.” Tanya Hariz tiba-tiba.
“Dia nak ngurat kau lah itu. Tasya tak ada beranilah dia kacau kau. Dia kan belagak lawa. Kononnya tak ada lelaki yang akan tolak dia. Kau hati-hatilah dengan dia. Jangan kau terperangkap pula sudah. Mengamuk Tasya nanti. Kau sayangkan Tasya kan?” jawab Adam.
“Merepeklah kau. Tak ada maknanya aku terpikat dengan si Wani tu. Hanya Tasya saja dalam hati aku. Tak kisahlah Tasya suka aku ke tak.”
“Hah, ngaku pun kau. Dalam kelas tadi tak nak ngaku. Cakap slow sikit. Nanti Wani dengar baru kau menggelupur.” Adam mengingatkan Hariz.
“Eleh, tak heran pun. Biarlah dia dengar. Biar dia sedar diri sikit. Wan mana hah? Tak nampak dia pun sejak aku masuk tadi. Takkan dia marah kat aku lagi kot. Aku bukannya sengaja nak rampas Tasya daripada dia. Lagipun dia sendiri yang tak reti jaga Tasya.”
“Entah. Mana aku tahu. Aku pun tak nampak dia dari pagi tadi. Dia tak datang juga kot. Entah-entah dia pergi pujuk Tasya dekat rumah. Habislah kau Riz kalau Wan berjaya pujuk Tasya. Kau juga yang melopong nanti.” Jawab Adam selamba. Hariz buat tidak dengar sahaja dengan kata-kata Adam. Dia pasti Tasya tak akan mudah menerima Wan kembali.

Petang itu Hariz mengambil keputusan untuk ke rumah Tasya. Satu hari tak nampak wajah Tasya macam setahun lamanya. “Assalamualaikum. Mak cik, Tasya ada?” Hariz bertanya kepada ibu Tasya.
“Waalaikumsalam. Oh, Riz rupanya. Tasya ada kat dalam. Jemputlah masuk. Riz seorang sajakah? Selalunya datang ramai- ramai.”
“Haah... saya seorang saja. Kawan-kawan lain semua ada hal.” Tipu Hariz. Walhal dia memang tidak merancang dengan kawan-kawan lain untuk ke rumah Tasya.
Ketika Hariz melangkah masuk ke dalam rumah Tasya, Tasya sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen. “Eh, Riz bila kau sampai? Tak bagitahu aku pun yang kau nak datang.” Tasya terperanjat apabila wajah Hariz melindung kaca tv. Lantas dia bangun untuk duduk.
“Saja tak nak bagitahu. Nak buat kejutan. Awak dah sihat? Boringlah awak tak ada. Saya macam orang bodoh saja hari ini awak tahu.” Adu Hariz kepada Tasya.
“Alahai kesiannya dia. Datang rumah ini sebab rindulah ya?” Tasya bertanya.
“Tahu pun awak. Dari awal saya masuk sekolah itu, mana pernah awak tak ada di sisi saya. Sebab itulah saya rindu awak. Lagi-lagi perasaan sayang untuk awak ini makin bertambah. Seksa rasanya kalau awak tak ada.” Ucap Hariz.
“Ya? Aku pun rindu kau juga. Mesti kau tak percaya kalau aku cakap macam itu. Tapi terpulanglah pada kau sama ada nak percaya atau tidak.” Tasya meluahkan rasa rindunya terhadap Hariz.
“Betulkah ini? Saya tak salah dengarkan? Saya nak tanya awak satu soalan. Awak jawab dengan jujur tahu. Awak cintakan saya tak?” Hariz bertanya dengan wajah penuh mengharap.
Tasya pula hanya mengangguk kepala. Dia malu untuk menjawab. Dia sendiri tak sedar bila perasaan cinta itu berputik untuk Hariz. Yang dia tahu dia sentiasa gembira di samping Hariz.
“Hahaha.... Tasya, awak tak main-mainkan? Awak nak tahu tak, dekat sekolah tadi Adam dengan Zack cakap Iwan tak datang sebab nak pujuk awak. Saya takut kalau awak terima dia balik.” Ucap Hariz.
“Riz, aku tak main-mainlah. Untuk apa main-main dengan perasaan sendiri. Aku tak tahu pula yang Iwan pun tak datang hari ini. Jangan takut okey. Aku takkan terima Iwan kembali dalam hidup aku. Aku dah tak ada apa-apa perasaan pada dia. Dia cuma seorang kawan dan tak lebih daripada itu.” Tasya menenangkan Hariz.
“Terima kasih Tasya. Sudi juga awak terima cinta saya. Tak sia-sia penantian saya selama ini. I love you so much Tasya.”
“I love you too. Eh, jemputlah minum. Penat saja mak aku buat air.” Merah padam wajah Tasya ketika membalas ucapan cinta Hariz.
“Tasya, sejak bila awak mula cintakan saya?” Hariz sengaja bertanya.
“Tak tahu. Riz jangan tanya soalan macam itu lagi boleh tak? Sya tak nak dengarlah. Lagi satu, boleh tak Riz rahsiakan dulu perkara ini? Sya tak nak budak-budak kecoh nanti. Bolehkan?”
“Baiklah sayang. Esok Sya pergi sekolah tak? Jangan tinggalkan Riz sendiri lagi.”
“Esok? Mestilah Sya pergi. Demam pun dah kebah. Lagipun PMR kan dah dekat. Banyak yang Sya tak faham lagi. Lagi-lagi subjek sejarah. Riz pun tahu Sya memang lemah dalam subjek itu.” Tasya menjawab.
“Bab itu tak ada hallah. Riz leh tolong ajarkan. Esok pagi Riz datang rumah Sya dulu. Kita pergi sekolah sama okey.” Kata Hariz.
“Hmm... okey. Riz, pagi tadi ada yang tanya tentang Sya tak? Cikgu pun tak cakap apa-apakan?” Tasya bertanya.
“Tak ada pula. Kenapa?” jawab Riz.
“Tak ada apa. Saja tanya. Tak boleh?”
“Boleh sayang. Okeylah Sya, Riz kena balik dulu. Dah janji dengan mama nak balik sebelum pukul 6.00 petang. Kita jumpa esok ya.”
“Hmm....okey. Hati-hati bawa basikal tu. Jangan asyik mengelamun saja. Ingat pesan Sya ni.” Tasya berkata.
“Ya Sya. Riz akan ingat selalu pesanan Sya tu. Riz balik dulu okey. Bye.” Ucap Riz sambil melambai tangan ke arah Tasya.

Tuesday, April 17, 2012

Ape2 jerlh...


        Dah lame aku tak godek blog ni. Tak de cerita menarik pun yang aku nak share. Hari ni dah 17 April 2012. Pejam celik pejam celik, dah tinggal sebulan je aku dekat PMD Kuala Langat ni. Tak banyak pengalaman pun yang aku dapat. Bosan betul. Kalau boleh,aku tak nak kerja under government. Banyak makan gaji buta je. Gaji memanglah boleh tahan tapi tak setimpal pun. Kerje tersangat kurang. Ape yang aku nak buat kat sini pun aku tak tahu. Sampai hari ni, buku log aku tu masih kosong. Tak tahu aku nak tulis ape. Bulan ni lecture nak datang pulak tu. Habislah aku....dengan buku log yang memang tak pernah lagi di cop oleh Pegawai. Pegawai selalu je tak de kat office. Asik wat keje dari umah je die tu. Untunglah mak die orang besar dalam Organisasi MARA ni. Tapi memang tak patut betullah. Die tak amik pusing pun pasal pejabat ni. Sekurang-kurangnye,bagilah tunjuk ajar sikit kat aku ni. Ini tidak. Hampeh betullah.

Tuesday, January 31, 2012

Wat serabut jer...

      Assalamualaikum...aku tak adelah nak cite banyak mane hari ni...sje nak conteng2 blog nie.. hehehe...agak kusut jugaklah kepala aku sekarang ni...aku tak tau kenapa sekarang baru die nak bagitau aku semue nie...disaat ko nak pergi jauh dari hidup aku..dulu kau tinggalkan aku, sekarang ko boleh pulak cakap kau bukan sengaje nak tinggalkan aku?? ape semue ni?? kau tinggalkan aku sebab lelaki tu?? kawan kau sendiri?? ye memang mulie hati kau sebab kau tak nak kawan kau makan hati..tapi macam mane dengan hati aku?? hati aku pedih sebab die..pernah kau fikir?? kawan kau tinggalkan aku tanpe sebab...boleh pulak aku nak terime die balik lepas ape die wat kat aku?? kau pernah tanye ape yang aku nak kan?? kau buat keputusan ikut hati kau jer... saat kau dah ade insan lain dan aku pun ade insan lain,baru kau nak terangkan kat aku.. ape gunenye informasi tu sekarang?? aku dah tak kisahlah kau nak pergi dari sini ke ape..kau nak pindah,pindah jelah.. xpayah nak bagitahu aku.. aku dah taknak jumpe kau lagi..even kali terakhir pun. aku tak nak keruhkan lagi keadaan...lagipun aku pasti aku boleh hidup tanpe kau di sisi aku... selame ni pun aku boleh,takkan lepas ni aku tak boleh..aku sayangkan pakwe aku sekarang..so,kau xpayahlah nak risau pasal aku k...

Monday, January 30, 2012

KeHiDuPaN kEtIkA pRaKtIkAl....

      Assalamualaikum...kirenye dah dekat sebulan jugaklah aku praktikal dekat sini.. korang nak tahu aku praktikal dekat mane?? tempat die xdelah jauh sangat dari rumah aku..20 minit jer perjalanan dari rumah aku..itupun kalau tak sesaklah.. korang mesti kenapa aku cakap sesakkan?? dekat kampung pun boleh sesak ke?? hahaha...mane tak sesak kalau aku kuar rumah waktu budak2 semue nak gi sekolah.. aku praktikal dekat Pejabat Mara Daerah Kuala Langat jer... kerajaan..tapi kat sini memang tak dapat elaunlah...even baru sebulan ni pun, aku dah naik bosan kat office ni...mane aku tak bosan, datang office, tapi xde keje ape yang boleh dibuat...hari2 xde keje..kalau macam ni hari2 pe yang aku nak tulis dalam report nanti?? kalau aku nak mintak tukar pun akan ambik mase yang lame...haisyy...sabar jerlah...untuk korang yang nak praktikal sem depan or tahun depan, atau bile2 jerlah...aku sarankan,korang janganlah pilih company kerajaan...menyesal korang nanti...oklah..sampai sini jer aku nak cite..aku nak sambung balik bace novel Cinta Perisa Dia.. bubye.... hehehe... jumpe lagi ye...
inilah aku kat office...

Wednesday, December 14, 2011

Hati Yang Terluka (Bab 3)


3
Seperti biasa tepat pukul 7.00 pagi, Tasya mengayuh basikal bersama Ira menuju ke sekolah. Selepas menongkat basikalnya di bawah pokok di tepi padang itu, Tasya terus menuju ke library. Dia tahu Hariz, Iwan serta rakan-rakan lelakinya yang lain sudah tentu berada di depan perpustakaan, tempat biasa mereka lepak sementara menunggu waktu masuk ke kelas. Lagipun tadi dia sudah nampak basikal milik Iwan semasa dia sampai di sekolah tadi. Ini bermakna dia sudah sampai. Tapi tak pasti kalau Hariz juga sudah sampai di sekolah. Dia perlu memastikannya dahulu sebelum memulakan permainan. Setelah dia terlihat wajah kedua-dua insan yang diharapkannya itu, dia terus menuju ke arah Hariz.
“Ha! Tengok tu, Tasya nak datang sini. Mesti dia nak jumpa kau Wan. Kau jangan risaulah. Dia mesti maafkan kau punya.” Adam menasihatkan temannya itu.
Tasya sudah nampak Iwan mahu bergerak ke arahnya. Dia buat selamba saja apabila Iwan berada di hadapannya. Dia terus ke arah Hariz. Dengan gaya agak menggoda, dia berkata kepada Hariz. “Hai Riz. Kenapa tak datang rumah i sebelum you pergi sekolah tadi? Penat i tunggu you tau. Malam tadi you janji nak pergi sekolah sama-sama dengan i. Sampai hati you buat i macam ni.” Tasya pura-pura merajuk di hadapan Hariz. Sempat dia mengerling ke arah Iwan yang tidak jauh dari situ. ‘Padan muka kau Wan. Siapa suruh kau sakitkan hati aku. Walaupun cara aku lain, dia pasti akan sakit hati juga.’ Hariz pula melemparkan wajah pelik kepadanya.
 “Sebagai denda, you kena temankan i breakfast Riz.” Tasya terus menarik lengan Hariz supaya pergi dari situ. Dia langsung tidak mempedulikan wajah teman-teman yang memandangnya. Apa yang penting bagi dirinya adalah untuk buat Iwan sakit hati.
Sampai sahaja di koridor menuju ke kantin, dia melepaskan lengan Hariz yang dipautnya tadi. “Sorrylah Riz. Aku gunakan kau untuk buat Wan sakit hati. Lepas ni pun, aku akan gunakan kau. Jangan marah tau. Kau kan kawan aku, kau kenalah tolong aku.”
“Kenapa awak ni? Malam tadi awak cakap awak tak ada apa-apa perasaan kat dia. Habis tu kenapa awak nak balas dendam?” Hariz bertanya kerana tak puas hati dengan perbuatan Tasya itu.
“Memanglah aku tak ada perasaan kat dia. Aku cuma nak dia rasa sakit hati saja. Tolanglah aku Riz. Kau sendiri yang cakap kau tak sama macam dia orang kan? So, kau kenalah bantu aku. Lepas semuanya selesai nanti, aku akan belanja kau makan. Setuju?”
“Yelah. Saya akan tolong awak. Tapi, awak kena juga ikut cara saya tau. Sekarang ni, ke mana sahaja awak pergi, saya akan follow, begitu juga awak. Ke mana saya pergi, awak kena follow saya. Kecuali pergi toiletlah. Takkan awak nak ikut saya masuk toilet kot. Setuju tak?”
“Okay, aku setuju. Mulai hari ini, kau kena menyamar jadi special boyfriend aku. Kau nak kita buat surat perjanjian ke?”
“Tak payahlah sampai nak buat surat perjanjian sayang. Awak nak kita berlakon depan Iwan saja ke atau depan kawan-kawan yang lain sekali? Hmm.....sayang?”
“Aku rasa depan Iwan dengan geng kita yang lain sekali. Baru nampak real. Tapi kau janganlah ngade-ngade nak panggil aku sayang bila orang tak ada. Kau bukannya boleh dipercayakan sangat. Menggatal juga.”
“Eh, saya pula yang kena. Bukan awak ke yang gatal? Siapa tarik tangan siapa tadi? Hmm.... kenapa awak tak bagi tahu rancangan awak ni masa saya call malam tadi? Kalau awak cerita malam tadi, tak adalah saya terpinga-pinga depan dia orang tadi.”
“Yelah. Memang salah aku. Benda alah ni aku baru terfikir masa dalam perjalanan nak pergi sekolah tadi. Sebab tu malam tadi aku tak ada cakap apa-apa pun kat kau. Dahlah, loceng dah bunyi tu. Kita sambung lakonan kita kat dalam kelas nanti.” Tasya terus pergi ke tapak perhimpunan selepas membuat perjanjian dengan Hariz.
Suasana di tapak perhimpunan itu sungguh bising dengan suara-suara pelajar yang tidak tahu tutup mulut. Apabila di tegur dengan guru disiplin baru tahu nak diam. “Tasya, tadi aku nampak kau dengan Hariz masa aku baru sampai sekolah tadi. Kau dengan dia ada apa-apa hubungan ke? Aku tengok kau dengan dia mesra gila. Kau pula manja sangat dengan dia. Sejak bila pula kau couple dengan dia? Baru semalam kau ngaku kat aku dengan Izyan. Takkan cepat sangat kau dah lupakan Iwan.” Tiba-tiba Lina berbisik kepada Tasya.
“Kenapa? Salahkah aku couple dengan Hariz? Dia pun handsome juga apa. Dia lagi gentle berbandingan dengan Iwan tu. Lagipun Hariz selalu ambil berat tentang aku. Aku rasa pun, aku tak akan kecewa kalau aku bersama Hariz.” Tasya membalas pertanyaan Lina itu.
“Aku tak percayalah kau dengan dia. Hariz tu baru saja pindah sini. Kita pun tak tahu lagi sikap dia yang sebenarnya. Mesti kau dengan dia ada rancang sesuatu ni. Kau nak buat Iwan sakit hati ya?” Tanya Lina lagi.
“Pandai pun kau. Tapi, kau jangan bagi tahu kat budak-budak lain tau. Aku nak lakonan aku ni menjadi. Kau sorang saja yang tahu perjanjian aku dengan dia. Kau janji jangan cerita kat orang lain tau. Aku percaya kat kau sorang saja ni.”
“Aku dah agak. Mesti kau orang ada rancang sesuatu. Okay, aku janji takkan cerita kat orang lain. Kau boleh percayakan aku.” Lina bercakap sambil tersenyum.
Setelah tamat perhimpunan pagi itu, semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Iwan masih cuba menagih kemaafan dari Tasya. Iwan telah sedia menunggu Tasya di tepi tangga sebelum naik ke kelas. Dia mahu kepastian dari Tasya. Ketika itu, Tasya dan Lina sedang berjalan menuju ke tangga untuk naik ke kelas mereka. Tiba-tiba Iwan menahan perjalanan mereka.
“Kau nak apa lagi ha? Aku takkan maafkan kau. Kau faham tak?” Tasya bertanya tidak puas hati.
“Aku tak kisah sama ada kau nak maafkan aku ataupun tak. Aku tahu aku yang salah. Tapi, aku nak tahu tentang hubungan kau dengan Hariz. Sejak bila kau dengan dia mula rapat ha?” Tanya Iwan kembali.
“Ohh.... kau cemburulah ni ya? Apa hak kau nak tahu pasal aku dengan Riz ha? Kalau aku couple dengan dia pun, apa masalah kau? Dahlah. Aku malas nak layan kau lagi. Lebih baik kau ke tepi. Kau jangan nak naikkan darah aku.”
Tiba-tiba muncul Hariz dari belakang mereka. “Kenapa ni sayang? Iwan kacau sayang lagi ke?” Hariz bertanya selepas mendengar pertengkaran mereka tadi.
“Entahlah u. I pun tak tahu apa lagi yang budak ini nak. U dari mana ni? I ingatkan U dah naik kelas.” Terperanjat Tasya dengan kehadiran Hariz di sisinya. Nasib baik dia dapat mengawal perasaan. Kalau tak, memang hancur.
“I dari bilik guru tadi. Tolong cikgu angkat barang sikit.” Hariz menjawab pertanyaan Tasya yang kelihatan pelik dengan kehadirannya. “Kau nak apa lagi Wan. Tak puas hati lagikah kau dah lukakan hati Tasya?” Hariz bertanya pula kepada Iwan yang berdiri di depan tangga itu.
“Sejak bila kau ada hubungan dengan Tasya ni ha? Semalam kau cakap nak tolong aku pujuk Tasya. Tapi ini yang kau buat. Kau pikat dia untuk kau sendiri. Kau memang pentingkan diri. Sia-sia aku percayakan kau.” Ucap Iwan dengan nada marah.
“Suka hati kaulah nak cakap aku apa Wan. Aku tak peduli pun. Untuk pengetahuan kau, aku dengan Tasya memang dah lama couple. Cuma aku dengan dia tak nak kecoh-kecoh kat sekolah ni. Sebenarnya aku dah lama kenal Tasya. Sebelum aku pindah ke sini. Keluarga aku pun dah lama kenal dia.” Balas Hariz.
“Betulkah kata-kata Hariz tu Tasya? Kau cakap dengan aku dulu kau single. Kenapa kau tipu aku?” Iwan bertanya pula kepada Tasya. Dia pasti yang kata-kata Hariz itu semua tipu. Dia mahukan kepastian daripada mulut Tasya sendiri.
Tasya megiakan saja kata-kata Hariz itu. Dia tidak tahu hendak cakap apa lagi. Lina pula hanya menjadi pendengar saja sejak tadi. Lina tak mahu masuk campur hal mereka. Iwan sudah terduduk di tepi tangga itu setelah mendengar pengakuan daripada Tasya. Hariz terus mengambil buku teks yang dipegang oleh Tasya. Sebelah tangannya lagi menarik tangan Tasya menaiki tangga.
Nasib baik apabila mereka menjejak kaki ke dalam kelas cikgu belum masuk. Kalau tidak pasti kena berdiri di atas kerusi kerana lewat. Mereka bertiga menuju ke tempat duduk masing-masing. “Nasib baik cikgu belum masuk Riz. Kalau tidak, pasti kita bertiga kena denda.” Tasya berbisik kepada Hariz disebelahnya.
“Saya dah tahu cikgu masuk lambat hari ini. Kalau tak, tak sempatlah saya nak berlakon tadi. Tadikan saya yang tolong Cikgu Bahar.” Hariz membalas dengan berbisik juga.
 “Oo....patutlah kau sempat merepek tadi. Suka kau dapat kenakan aku kan?” Tasya berbisik lagi.
“Habis itu, awak nak saya jawab soalan dia macam mana? Idea itu yang tiba-tiba datang. Saya cakap sajalah. Lagipun, dia tak syak apa-apa.” Balas Hariz sambil tersengih. Tiba-tiba terdengar suara ketua tingkatan mereka, Afi memberi salam. Serta-merta mereka berdua bangun dan memberi salam kepada Cikgu Bahar yang baru memasuki kelas.
“Kenapa cikgu masuk lambat hari ini?” Nimal Ram bertanya mewakili pelajar yang lain.
“Cikgu ada kerja sikit tadi. Kamu sudah siapkan kerja sekolah yang saya beri minggu lepas? Kalau sudah siap, sila letak di atas meja masing-masing. Saya akan cek seorang demi seorang. Tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada hukuman. Sebelum saya round, lebih baik mengaku jika ada yang belum siapkan kerja saya.” Cikgu memberi peluang kepada mereka untuk mengaku. Namun tiada seorang pun yang mengaku. “Baiklah. Nampaknya semua sudah siap. Kalau saya dapat tangkap siapa yang belum siapkan lagi, siaplah kamu semua.” Cikgu berkata sambil menyemak latihan yang diberinya dari satu meja ke satu meja. Disebabkan giliran Tasya dan Hariz lama lagi, mereka masih sempat menyiapkan apa-apa yang tertinggal.
Setelah Cikgu Bahar habis menyemak latihan-latihan yang lepas, dia memulakan pengajarannya yang baru pula. Tidak sampai 20 minit Cikgu Bahar mengajar mereka, loceng sudah pun berbunyi menandakan waktu pertama telah habis. Kebetulan waktu Cikgu Bahar hari ini hanya satu masa, bermula pukul 7.35 pagi hingga 8.10 pagi.
Sementara menunggu Cikgu Mahani masuk, Lina sempat menyakat Hariz. “Riz, mana kau dapat idea pasal kau orang berdua dah kenal lama ha? Cepat saja idea kau datangkan?” Bisik Lina kepada Hariz sambil tersenyum.
Hariz pula memandang wajah Lina dengan pandangan pelik. ‘Dari siapa pula budak ini tahu? Pelik betul.’ Hariz berkata dalam hati. “Idea apa yang kau cakap ini? Aku tak fahamlah.”
Tasya hanya senyum melihat gelagat Hariz. “Relaxlah Riz. Lina dah tahu tentang rancangan kita tu. Aku yang bagitahu dia. Tapi kau jangan risaulah. Kita bertiga saja yang tahu tentang ini.” Tasya memberitahu Hariz cerita yang sebenar.
“Oo.....patutlah tiba-tiba Lina tanya benda pelik. Awak pun, kenapa cerita kat dia? Saya baru nak berlakon jadi pakwe awak depan Lina tadi.” Lina hanya menjelir lidah ke arah Hariz dan berlalu ke tempat duduknya apabila cikgu yang dinanti telah tiba.


Seperti kebiasaan, Tasya tidak ke kantin dan terus ke perpustakaan. Ketika itu Hariz dan Tasya sedang menyusun buku-buku di dalam laci meja mereka. Tiba-tiba muncul Izyan dan Wani di depan pintu kelas. Izyan dan Wani mengajak Tasya serta Lina ke perpustakaan. Tasya mengenyit mata ke arah Lina dan memulakan lakonan. “Abang, sayang nak pergi library ni. Abang nak ikut sekali atau nak sayang teman abang makan?” Tasya bertanya Hariz dengan suara manjanya.
“Abang laparlah sayang. Sayang temankan abang makan ya. Lagipun kalau abang pergi kantin,sayang pula pergi library, siapa nak jaga sayang? Mesti Iwan akan kacau buah hati abang yang sorang ini lagi. Sayang temankan abang ya?” Begitu romantis sekali Hariz bersuara.
“Okay, sayang temankan. Jomlah kita pergi. Nanti panjang pula barisan kat kantin tu. Nanti abang juga yang tak sempat nak makan.” Tasya menjawab pertanyaan Hariz tadi. Tasya bagai nak tergelak apabila melihat wajah Izyan dan Wani yang jelas terperanjat dengan adegan yang dilihatnya. Tasya masih boleh menahan gelaknya.
“Hmm......nampaknya kau tak ikut kamilah ni. Tak apalah, kau orang pergilah makan. Jangan lupa belanja aku tau. Pergilah cepat. Nanti kantin penuh.” Lina berkata bagi pihak Izyan dan Wani yang masih tidak bersuara setelah mendengar perbualan antara Tasya dan Hariz.
“Kalau macam tu, aku dengan Tasya pergi dulu ya.” Ucap Hariz kepada mereka bertiga. “Jom sayang.” Hariz mengajak Tasya sambil tangannya memeluk pinggang Tasya. Apabila mereka sampai di tingkat bawah, Tasya melepaskan tawanya yang ditahan sejak tadi. Tetapi Tasya masih perlu berlakon apabila dia terpandang wajah Iwan tidak jauh dari tempat mereka berjalan. Tasya berpura-pura manja disebelah Hariz.
Sampai di kantin, Hariz terus berbaris untuk membeli makanan. Tasya hanya menunggu di meja sahaja. Sempat juga Tasya berpesan kepada Hariz. “Riz, jangan lupa belanja aku dengan Lina.”
Hariz hanya melemparkan senyuman kepada Tasya yang duduk tidak jauh dari tempat dia beratur. “Ini dia sayang. Satu plastik ini untuk sayang, dan lagi satu untuk Lina. Dahlah. Jom gerak ke library.” Hariz menghulurkan dua plastik kuih beraneka jenis itu kepada Tasya.
Tasya menyambut plastik yang dihulurkan kepadanya sambil berkata, “Riz, kau dah lupa ya? Kau jadi pakwe aku depan geng kita saja.”
“Saya tak lupalah. Saja nak panggil sayang. Tak boleh?” Hariz merenung wajah temannya itu. ‘Kenapalah kau ni lawa sangat Tasya? Sampaikan aku sanggup buat apa saja untuk selalu berada disisi kau.’ Bisik hatinya.
 Tasya pula malas nak melayan kerenah Hariz. Lantas dia bangun dan berjalan ke perpustakaan. Hariz berlari untuk menyaingi Tasya. “Hei! Tasya, tunggulah saya. Awak main tinggal saja saya kat belakang. Saya inikan pakwe awak. Tak baik tau buat macam ni.”
“Kau ni Riz, ngade-ngade betul. Aku dah cakapkan, yang kau cuma menyamar depan geng kita. So, kau bukannya pakwe aku secara rasmi. Understand?”
 “Alahai Tasya, saya nak gurau sikit pun tak boleh. Janganlah marah.” Hariz memujuk Tasya yang sedang marah itu.
 Apabila sampai di depan perpustakaan, Tasya tidak terus masuk ke dalam kerana dia belum menghabiskan kuih yang dibeli di kantin tadi. Kebetulan Lina sedang menunggu di depan pintu masuk lalu dia menghulurkan kuih yang di beli Hariz tadi kepada Lina.
“Thank you Tasya. Aku ingatkan kau lupa tadi.”
“Eh, mana boleh lupa. Karang tak pasal bocor rahsia aku dengan Hariz.”
“Ala... kalau kau tak belanja aku pun, rahsia tu tak akan bocor. Kau ingat aku tak pandai simpan rahsia? Aku bukannya macam orang tu.”
“Kau cakap tentang siapa Lina? Maya budak kelas 3D tu ya?”
“Yelah. Siapa lagi kalau bukan dia. Eh, dahlah jom masuk. Kau tu bertugas hari ini. Nanti ada orang report pulak.”


“Wei, tunggu surut dululah. Ramai sangatlah. Nak keluar pagar pun susah.” Ucap Tasya kepada Lina, Izyan dan Wani. Mereka bertiga hanya mengangguk kepala tanda bersetuju. Tiba-tiba terdengar suara seseorang memanggil namanya. Tasya menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menjerit-jerit memanggilnya. Seperti yang dijangka Iwan yang menjerit namanya.
“Tasya, kenapa kau buat aku begini? Kau memang betul tak ada apa-apa perasaan pada aku? Kau tak sayang aku langsung?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Tasya.
             “Hoi, kau demam ke apa? Takkanlah aku ada perasaan cinta pada kau. Aku dah ada Hariz lah. Kau tu cuma kawan biasa. Lagipun, layakkah lelaki penipu macam kau nak jadi buah hati aku? Lu fikirlah sendiri.” Balas Tasya.
“Aku sayangkan kau Tasya. Takkan kau tak boleh nak maafkan aku langsung. I love you so much. Aku tak boleh hidup tanpa kau.”
“Hahaha..... kau buat lawak apa ni Wan. Kau nak aku maafkan kau? Boleh, tak ada masalah. Cuma satu sahaja masalahnya. Kau nak tahu apa?”
“Apa masalahnya?”
“Masalahnya, aku dah bencikan kau. Puas hati? Kau sendiri yang nak aku benci kau kan? Terimalah sekarang. From now, don’t try to disturb me. Understand? Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila pun.”
“Hey, what’s going on? Kenapa Tasya? Apa yang Wan dah buat pada awak?” tiba-tiba Hariz  muncul di celah-celah Wani dan Izyan.
“Entahlah Riz. Awak tanyalah kawan baik awak ni. Menyakitkan hati orang saja kerjanya. Macam dah tak ada perempuan lain yang dia nak kacau. Dia dah buat salah dengan kita baru terfikir nak minta maaf. Sebelum buat tu bukannya nak fikir akibatnya. Sekarang ni padanlah muka dia.”
“Dahlah tu sayang. Kita balik dulu ya. Biarkan saja Wan dekat sini. Jalan balik dia bukannya sama dengan kita.” Hariz memujuk Tasya sambil menolak basikalnya ke luar pagar sakolah. “Wani,Izyan,Lina kami balik dulu. Kau orang tolong nasihat sikit si Wan tu. Jangan suka nak main-mainkan perempuan.”
Setelah Tasya dan Hariz tidak kelihatan dari pagar sekolah, barulah Lina bersuara. “Kau ni kenapa Wan? Kau tahukan yang Tasya tengah marah sekarang. Kau janganlah kacau dia. Tunggulah kemarahan dia reda sikit. Tak sabar-sabarlah kau ni. Kalau kau nak tahu, Tasya dengan Hariz tu berlagak saja macam couple tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun. Aku dah janji dengan Tasya akan rahsiakan perkara ni. Tapi disebabkan aku kasihankan kau lah aku bagi tahu rahsia dia. Tasya tu pun masih sayangkan kau. Dia cuma nak buat kau sakit hati saja. Memang tak dinafikan yang Hariz tu ada perasaan pada Tasya. Kau dengan Riz kena bersainglah untuk rebut hati dia. Takkan kau nak mengalah dengan Riz kot.”
“Dia orang berlakon saja rupanya. Aku ingatkan dia orang betul-betul couple. Tapikan, kalau Riz yang jadi pakwe si Tasya tu pun okey juga. Nampak padan sangat. Riz tu loving person. Tak macam kau Wan. Menyakitkan hati saja. Bolehkah kau jadi pakwe Tasya. Alamatnya Tasya asyik merajuk sajalah dengan kau.” Kata Wani sambil digelakkan oleh Lina dan Izyan.
“Tak mengapa. Kau orang gelaklah. Aku lebih romantik daripada Hariz tau. Kau orang tunggu sajalah nanti. Sudahlah. Malas aku nak berbalah dengan kau orang lagi. Lebih baik aku balik rumah.” Ucap Wan kepada Wani,Lina dan Izyan. ‘Aku akan pujuk hati kau balik Tasya. Aku tak sanggup lihat kau mesra-mesra dengan Hariz. Dia dahlah budak baru kat sekolah ni.’ Hatinya berkata-kata.

bersambung........