2
Sebulan telah berlalu. Tetapi Tasya masih tertanya-tanya siapa Hariz sebenarnya. Suatu hari, ketika Tasya sedang menyusun buku-buku yang bersepah di rak buku perpustakaannya, dia terdengar perbualan antara Iwan dan Wani. Dia tidak menyangka bahawa Hariz adalah Iwan. Iwan menyamar sebagai Hariz untuk mengetahui isi hati Tasya terhadapnya. ‘Sampai hati kau buat aku macam ni.’ Hati Tasya sudah mendidih. Tanpa ambil peduli dia berada di mana, Tasya terus menuju ke arah meja yang Iwan dan Wani sedang berbual.
“Tak guna kau Wan. Sampai hati kau mainkan perasaan aku.” Tasya menjerit di dalam perpustakaan itu. Pelajar lain yang mendengar jeritan Tasya itu hanya mampu memerhatikan sahaja.
“Kenapa kau marah-marah ni Tasya?” Iwan bertanya tanpa rasa bersalah. Di dalam hatinya dia berkata-kata. ‘Dia dah tahu ke yang aku menyamar guna nama Hariz. Jangan cakap dia dah dengar apa yang aku bualkan dengan Wani tadi.’
“Ewah-ewah, buat tak tahu pulak kau. Cerita kat aku siapa Hariz? Dia bukan sepupu kau kan? Tapi kau sendiri jadi Hariz kan? Apa lagi yang kau dah tipu aku selain kau menyamar ni hah? Apa lagi?” Tasya begitu marah dan sedih kerana kawan baik sendiri yang menipu dirinya. Dia cuba menahan air mata daripada jatuh ke pipi. Namun ia tetap menitis juga. “Aku nak kau ingat ni. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila pun.” Belum sempat Iwan berkata apa-apa, Tasya terus meluru keluar dari perpustakaan itu.
“Adam, kenapa aku ni bodoh sangat? Aku dah lukakan perasaan perempuan yang aku sayang.” Iwan mengadu kepada kawan baiknya.
“Aku dah bagi tahu kau dari dulu lagi. Tapi kau tak nak dengar. Kau buat juga apa yang kau rancang tu. Aku dah suruh kau fikir betul-betul sebelum buat benda tu. Dah tentu Tasya akan marah bila dapat tahu. Kalau aku kat tempat dia pun aku akan marah juga. Kau main-mainkan dia, kau tipu dia, pastu kau guna nama orang lain pulak tu.” Adam membebel panjang. Iwan pula hanya memanggung kepala.
“Aku tahu aku bersalah. Macam mana aku nak mohon maaf dekat dia? Aku tak beranilah nak cakap dengan dia. Boleh tak kau tolong aku pujuk dia?” Ucap Iwan setelah lama membisu.
“Hai, takkan dah buat salah tak reti nak minta maaf sendiri kot?” Sindir Izyan.
“Wei, waktu rehat dah habis ni. Jomlah masuk kelas. Nanti Cikgu Yati marah pula. Dia tu dahlah anti dengan budak-budak librarian. Nanti kita dituduh ponteng kelas pula.” Lina mengingatkan teman-temannya.
“Dah lah tu Wan. Jom masuk kelas. Nanti aku cuba pujuk Tasya untuk kau. Kau janganlah risau. Dia marah tak lama tu. Nanti dia ok lah tu.” Hariz cuba untuk meyakinkan Iwan.
Dalam perjalanan masuk ke kelas, Iwan berkata, “Riz, kau tak kenal dia lagi. Dia tu kalau dah marah, susah nak di pujuk. Kau tu baru sebulan kat sini. Aku dah 3 tahun berkawan dengan dia. Aku dah masak sangat dengan perangai dia.”
“Kalau kau dah tahu perangai dia, kenapa kau buat dia macam tu? Seolah-olah kau belum kenal dia lagi.” Hariz membalas kata-kata Iwan itu.
“Okay fine, I know I’m false. Aku akan minta maaf kat dia sendiri nanti. Dia maafkan aku atau pun tak, tu semua belakang kira.”
“Hah! Cam tulah kawan aku. Berani buat, berani tanggunglah. Lain kali jangan buat lagi tau.” Hariz menasihati temannya itu.
Apabila Lina dan Izyan sampai di kelas, mereka terus mencari Tasya. Tetapi malangnya Tasya tiada di dalam kelas. “Ke mana agaknya Tasya pergi ya?” Lina bertanya kepada Izyan.
“Aku rasa dia mesti ada di toiletlah. Mesti dia sedang bersedih sekarang ni.” Tanpa apa-apa jawapan daripada Lina, mereka terus berlari meninggalkan kelas untuk mencari seorang sahabat mereka. Tetapi, Tasya tiada di tempat yang mereka fikirkan itu. Mereka berlari pula ke belakang makmal komputer. Ternyata Tasya berada di situ.
“Tasya, are you okay? Janganlah sedih. Kau abaikan saja Wan tu.” Lina cuba memujuk Tasya.
“Aku okey. Tapi aku geramlah. Kenapa dia buat aku macam tu? The another one, how can I fall in love with him? Aku ingatkan dia baik, tapi sebaliknya.” Ucap Tasya.
“Apa? Kau jatuh hati kat Iwan? It’s impossible. Dia dah buat kau macam ni, takkan kau masih sayang kat dia lagi kot?” Tanya Izyan dengan wajah terperanjatnya.
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Buat masa ni, aku tak nak layan dia. Biar dia sendiri yang minta maaf pada aku. Korang pula janganlah tolong dia.” Ucap Tasya.
“Okey, kami takkan tolong dia. Kau jangan risau. Kami akan tolong kau dalam apa jua keadaan pun. Sekarang ni, jom masuk kelas. Kita dah lambat ni.” Kata Lina.
Tasya bangun sambil mengesat air matanya. Dia berjalan bersama Lina dan Izyan ke arah kelas mereka.
Apabila sampai di dalam kelas, Tasya duduk di kerusinya tanpa mempedulikan rakan-rakan yang memandang. Ketika itulah Hariz bertanya. “Tasya, are you okay?”
“I’m okay. Did Iwan said something to you?” Tasya pula mengajukan soalan kepada Hariz.
“No. Why? Has something wrong both of you. But, saya tak mahu masuk campur. Itu urusan awak dengan dia. Hmm…..kenapa mata awak merah? Baru lepas menangis?”
“Eh, mana ada. Mata masuk habuk kot.” Tasya cuba untuk merahsiakannya. Dia tidak mahu rakan lain tahu yang dia menangis.
Kringgggg…… Loceng telah berbunyi. Disebabkan waktu akhir itu semua guru ada mesyuarat, semua pelajar berpusu-pusu ingin keluar dari kelas masing-masing. Sebelum sampai di tempat letak basikal, Iwan terlebih dahulu menyekat perjalanan Tasya.
“Tasya, we need to talk. Please give me a time for explain all of this.” Iwan cuba untuk menerangkan segala punca apa yang dilakukannya.
“Dah tak ada apa yang nak dibincangkan. Ke tepilah, jangan nak sekat jalan aku. Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau. Jangan ganggu aku lagi. Mulai hari ini, kau bukan lagi kawan aku.” Tasya meluahkan perasaan marahnya.
“Tapi Tasya, aku buat semua ini sebab aku sayangkan kau.”
“Boleh jalanlah dengan kau punya sayang tu. Aku tak pernah ada apa-apa perasaan kat kau pun. Apa yang aku cerita kat Hariz tu, semuanya palsu. Aku benci kau!” Setelah menamatkan kata-katanya, Tasya terus pergi dari situ. Dia ingin lekas pulang ke rumah. Walaupun tiada apa di rumah, dia rasa lebih tenang daripada berada di sekolah. Lagi-lagi perlu berhadapan dengan mamat tak guna tu. ‘Nasib baik belum terlambat untuk menghiris perasaan yang untuk dia.’ Bisik hatinya.
Apabila sampai di rumah, Tasya terus menghempaskan diri ke atas katil. ‘Aku mesti lupakan Iwan. Dia jantan tak guna. Ada ke patut dia menyamar guna nama Hariz. Kalau dia handsome macam Hariz tak apalah jugak. Aku pun bodoh, kenapalah aku boleh terpikat kat dia. Eeee…..geramnya aku. Tunggulah kau, kau akan terima akibat perbuatan kau ni.’ Tasya berkata sendirian di dalam bilknya. Tiba-tiba dia terdengar lagu Tak Ada Logika dari handphonenya. Lagu itu memang telah ditetapkan untuk Iwan. Tasya buat tidak dengar sahaja lagu itu. Dia malas nak layan budak tak guna itu.
Bzzz…..bzzz…..bzzzz…….
Tasya, aku mnt maaf. I’m so sorry. Aku xde niat pun nk skitkn hti kau. Aku sygkn kau. Aku xnak kau t’lps ke tangan lki len. Tlglh maafkn aku. Aku t’llu cntakn kau. P’cyalh kate2 aku ni. Please..................
Tasya membiarkan mesej itu tanpa apa-apa balasan. ‘Persetanlah dengan kau punya cintan-cintun tu. Kau fikir aku ni tak ada perasaan?’
Petang yang cerah itu sudahpun berganti malam. Usai solat maghrib, Tasya terus duduk di meja belajarnya. Dia ingin mengulangkaji pelajaran dan menyempurnakan segala kerja sekolah yang belum disiapkan. Dengan cara ini dia pasti dapat melupakan segala masalahnya. Lagipun tak lama lagi peperiksaan PMR akan tiba. Dia mahu keluar daripada sekolah itu. Oleh sebab itu dia mahu lakukan yang terbaik untuk dirinya.
Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar dan terjengul wajah mak yang disayanginya itu. “Kenapa dengan anak mak seorang ni? Dari balik sekolah tadi asyik berkurung dalam bilik saja. Ada apa-apa masalah yang Tasya nak kongsi dengan mak?”
“Hmm.....tak ada apalah mak. Tasya okey. Mak, Tasya laparlah....mak masak apa hari ni?”
“Ingatkan dah kenyang sangat sampai tak nak makan masakan mak.”
“Hehehe......tengah hari tadi memanglah kenyang mak. Tapi sekarang tiba-tiba rasa lapar pulak.” Tasya dan maknya berlalu ke dapur bersama-sama. Selepas habis makan, Tasya kembali ke dalam biliknya untuk meyambung pembacaannya yang tergendala sebentar tadi. Sedang Tasya khusyuk membuat latihan matematik, tiba-tiba terdengar bunyi Lagu Untukmu dari handphone miliknya. ‘Siapa pulalah yang telefon malam-malam buta ni. Aku nak study pun ada saja yang nak mengacau.’ Bisik hatinya. Mahu tak mahu dia terpaksa menjwab panggilan itu kerana tidak mahu mengganggu ibu bapanya yang telah tidur. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinnya yang sering tidur lewat.
“Helo Riz. Kau nak apa telefon aku malam-malam ni? Tak boleh tunggu esok?”
“Sorrylah Tasya. Saya cuma nak tahu satu perkara saja. Betul awak tak pernah ada apa-apa perasaan pada Iwan?”
“Ha? Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan macam tu? Kenapa kau baik sangat nak pujuk aku untuk budak gila tu? Kalau kau nak jadi kawan aku, jangan tanya apa-apa lagi tentang dia. Okey, aku mengaku, dulu memang aku ada sikit perasaan pada dia. Tapi itu semua cerita lama. Sebelum dia buat semua benda bodoh tu kat aku. Sekarang, aku benci dia. Puas hati kau?”
“Mustahil awak dah tak sayangkan dia. Saya tahu awak cuba nak tipu saya. Saya tahu saya baru kenal awak dan saya belum tahu semua tentang awak. Tapi awak tak boleh tipu hati awak.”
“Apa hak kau nak cakap macam tu? Kalau aku dah cakap yang aku dah tak sayang dia tu sudahlah. Bahasa yang mudah pun kau tak dapat nak faham. Macam mana kau nak jawab exam ni?”
“Okey saya tak tanya lagi pasal tu. Kenapa awak tak tidur lagi ni?”
“Macam mana aku nak tidur? Kau kacau aku. Yang kau pun call aku malam-malam macam ini semata-mata nak cakap pasal Iwan saja ke?”
“Eh, bukanlah cuma sebab dia. Sebenarnya Riz rindukan Tasya. Tiba-tiba saja perasaan tu datang. Pelik juga Riz dibuatnya. Sebab tu Riz call Tasya. Kalau Riz tak dengar suara Tasya, Riz tak boleh tidurlah.”
“Hahaha...... apa yang kau merepek malam-malam buta ini? Aku malaslah nak dengar kau merepek.”
“Apa pula merepek. Riz cakap apa yang betul. Tasya tak nak percaya sudahlah.”
“Memang aku tak nak percaya pun. Buat masa ni, aku malas nak fikir bab-bab cinta ni. Nanti hati aku juga yang sakit. Hati dah terluka, macam mana nak study? PMR pun makin dekat ni. Aku tak nak kantoi. Lagipun, kaum-kaum macam kau ni, bukannya boleh dipercayakan sangat.”
“Eh, janganlah samakan Riz dengan lelaki yang lain. Riz tak sama macam mereka semua. Gaya awak cakap ni, macam pernah dikecewakan saja. Siapa yang buat awak tak percayakan kaum lelaki ni?”
“Dahlah. Lupakan apa yang aku cakap tu. Kau tak payah susah-susah nak fikir. Bukannya masuk dalam paper exam pun. Aku nak tidurlah. Boleh tak kau jangan ganggu aku? Kalau nak borak dengan aku, di sekolah pun boleh. Macamlah kau tak jumpa aku dekat sekolah.”
“Tak apalah kalau macam tu. Awak pergilah tidur. Kita jumpa esok okey. Good ninght and sweet dream. Jangan lupa mimpikan saya tau. Bye.”
Setelah Tasya mengucap selamat malam, dia menekan end call. ‘Tak kuasa aku nak mimpi kau Riz. Entah apa-apalah dia tu.’ Hatinya berkata sendiri. Akhirnya Tasya terlena tanpa memikirkan apa-apa. Keesokan harinya dia bangun dengan semangat yang baru. Dia akan membalas dendam hari ini. Dia akan gunakan Hariz sebagai objek untuk membalas dendam terhadap Iwan.
bersambung.........
No comments:
Post a Comment