Pages

Wednesday, December 14, 2011

Hati Yang Terluka (Bab 3)


3
Seperti biasa tepat pukul 7.00 pagi, Tasya mengayuh basikal bersama Ira menuju ke sekolah. Selepas menongkat basikalnya di bawah pokok di tepi padang itu, Tasya terus menuju ke library. Dia tahu Hariz, Iwan serta rakan-rakan lelakinya yang lain sudah tentu berada di depan perpustakaan, tempat biasa mereka lepak sementara menunggu waktu masuk ke kelas. Lagipun tadi dia sudah nampak basikal milik Iwan semasa dia sampai di sekolah tadi. Ini bermakna dia sudah sampai. Tapi tak pasti kalau Hariz juga sudah sampai di sekolah. Dia perlu memastikannya dahulu sebelum memulakan permainan. Setelah dia terlihat wajah kedua-dua insan yang diharapkannya itu, dia terus menuju ke arah Hariz.
“Ha! Tengok tu, Tasya nak datang sini. Mesti dia nak jumpa kau Wan. Kau jangan risaulah. Dia mesti maafkan kau punya.” Adam menasihatkan temannya itu.
Tasya sudah nampak Iwan mahu bergerak ke arahnya. Dia buat selamba saja apabila Iwan berada di hadapannya. Dia terus ke arah Hariz. Dengan gaya agak menggoda, dia berkata kepada Hariz. “Hai Riz. Kenapa tak datang rumah i sebelum you pergi sekolah tadi? Penat i tunggu you tau. Malam tadi you janji nak pergi sekolah sama-sama dengan i. Sampai hati you buat i macam ni.” Tasya pura-pura merajuk di hadapan Hariz. Sempat dia mengerling ke arah Iwan yang tidak jauh dari situ. ‘Padan muka kau Wan. Siapa suruh kau sakitkan hati aku. Walaupun cara aku lain, dia pasti akan sakit hati juga.’ Hariz pula melemparkan wajah pelik kepadanya.
 “Sebagai denda, you kena temankan i breakfast Riz.” Tasya terus menarik lengan Hariz supaya pergi dari situ. Dia langsung tidak mempedulikan wajah teman-teman yang memandangnya. Apa yang penting bagi dirinya adalah untuk buat Iwan sakit hati.
Sampai sahaja di koridor menuju ke kantin, dia melepaskan lengan Hariz yang dipautnya tadi. “Sorrylah Riz. Aku gunakan kau untuk buat Wan sakit hati. Lepas ni pun, aku akan gunakan kau. Jangan marah tau. Kau kan kawan aku, kau kenalah tolong aku.”
“Kenapa awak ni? Malam tadi awak cakap awak tak ada apa-apa perasaan kat dia. Habis tu kenapa awak nak balas dendam?” Hariz bertanya kerana tak puas hati dengan perbuatan Tasya itu.
“Memanglah aku tak ada perasaan kat dia. Aku cuma nak dia rasa sakit hati saja. Tolanglah aku Riz. Kau sendiri yang cakap kau tak sama macam dia orang kan? So, kau kenalah bantu aku. Lepas semuanya selesai nanti, aku akan belanja kau makan. Setuju?”
“Yelah. Saya akan tolong awak. Tapi, awak kena juga ikut cara saya tau. Sekarang ni, ke mana sahaja awak pergi, saya akan follow, begitu juga awak. Ke mana saya pergi, awak kena follow saya. Kecuali pergi toiletlah. Takkan awak nak ikut saya masuk toilet kot. Setuju tak?”
Okay, aku setuju. Mulai hari ini, kau kena menyamar jadi special boyfriend aku. Kau nak kita buat surat perjanjian ke?”
“Tak payahlah sampai nak buat surat perjanjian sayang. Awak nak kita berlakon depan Iwan saja ke atau depan kawan-kawan yang lain sekali? Hmm.....sayang?”
“Aku rasa depan Iwan dengan geng kita yang lain sekali. Baru nampak real. Tapi kau janganlah ngade-ngade nak panggil aku sayang bila orang tak ada. Kau bukannya boleh dipercayakan sangat. Menggatal juga.”
“Eh, saya pula yang kena. Bukan awak ke yang gatal? Siapa tarik tangan siapa tadi? Hmm.... kenapa awak tak bagi tahu rancangan awak ni masa saya call malam tadi? Kalau awak cerita malam tadi, tak adalah saya terpinga-pinga depan dia orang tadi.”
“Yelah. Memang salah aku. Benda alah ni aku baru terfikir masa dalam perjalanan nak pergi sekolah tadi. Sebab tu malam tadi aku tak ada cakap apa-apa pun kat kau. Dahlah, loceng dah bunyi tu. Kita sambung lakonan kita kat dalam kelas nanti.” Tasya terus pergi ke tapak perhimpunan selepas membuat perjanjian dengan Hariz.
Suasana di tapak perhimpunan itu sungguh bising dengan suara-suara pelajar yang tidak tahu tutup mulut. Apabila di tegur dengan guru disiplin baru tahu nak diam. “Tasya, tadi aku nampak kau dengan Hariz masa aku baru sampai sekolah tadi. Kau dengan dia ada apa-apa hubungan ke? Aku tengok kau dengan dia mesra gila. Kau pula manja sangat dengan dia. Sejak bila pula kau couple dengan dia? Baru semalam kau ngaku kat aku dengan Izyan. Takkan cepat sangat kau dah lupakan Iwan.” Tiba-tiba Lina berbisik kepada Tasya.
“Kenapa? Salahkah aku couple dengan Hariz? Dia pun handsome juga apa. Dia lagi gentle berbandingan dengan Iwan tu. Lagipun Hariz selalu ambil berat tentang aku. Aku rasa pun, aku tak akan kecewa kalau aku bersama Hariz.” Tasya membalas pertanyaan Lina itu.
“Aku tak percayalah kau dengan dia. Hariz tu baru saja pindah sini. Kita pun tak tahu lagi sikap dia yang sebenarnya. Mesti kau dengan dia ada rancang sesuatu ni. Kau nak buat Iwan sakit hati ya?” Tanya Lina lagi.
“Pandai pun kau. Tapi, kau jangan bagi tahu kat budak-budak lain tau. Aku nak lakonan aku ni menjadi. Kau sorang saja yang tahu perjanjian aku dengan dia. Kau janji jangan cerita kat orang lain tau. Aku percaya kat kau sorang saja ni.”
“Aku dah agak. Mesti kau orang ada rancang sesuatu. Okay, aku janji takkan cerita kat orang lain. Kau boleh percayakan aku.” Lina bercakap sambil tersenyum.
Setelah tamat perhimpunan pagi itu, semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Iwan masih cuba menagih kemaafan dari Tasya. Iwan telah sedia menunggu Tasya di tepi tangga sebelum naik ke kelas. Dia mahu kepastian dari Tasya. Ketika itu, Tasya dan Lina sedang berjalan menuju ke tangga untuk naik ke kelas mereka. Tiba-tiba Iwan menahan perjalanan mereka.
“Kau nak apa lagi ha? Aku takkan maafkan kau. Kau faham tak?” Tasya bertanya tidak puas hati.
“Aku tak kisah sama ada kau nak maafkan aku ataupun tak. Aku tahu aku yang salah. Tapi, aku nak tahu tentang hubungan kau dengan Hariz. Sejak bila kau dengan dia mula rapat ha?” Tanya Iwan kembali.
“Ohh.... kau cemburulah ni ya? Apa hak kau nak tahu pasal aku dengan Riz ha? Kalau aku couple dengan dia pun, apa masalah kau? Dahlah. Aku malas nak layan kau lagi. Lebih baik kau ke tepi. Kau jangan nak naikkan darah aku.”
Tiba-tiba muncul Hariz dari belakang mereka. “Kenapa ni sayang? Iwan kacau sayang lagi ke?” Hariz bertanya selepas mendengar pertengkaran mereka tadi.
“Entahlah u. I pun tak tahu apa lagi yang budak ini nak. U dari mana ni? I ingatkan U dah naik kelas.” Terperanjat Tasya dengan kehadiran Hariz di sisinya. Nasib baik dia dapat mengawal perasaan. Kalau tak, memang hancur.
“I dari bilik guru tadi. Tolong cikgu angkat barang sikit.” Hariz menjawab pertanyaan Tasya yang kelihatan pelik dengan kehadirannya. “Kau nak apa lagi Wan. Tak puas hati lagikah kau dah lukakan hati Tasya?” Hariz bertanya pula kepada Iwan yang berdiri di depan tangga itu.
“Sejak bila kau ada hubungan dengan Tasya ni ha? Semalam kau cakap nak tolong aku pujuk Tasya. Tapi ini yang kau buat. Kau pikat dia untuk kau sendiri. Kau memang pentingkan diri. Sia-sia aku percayakan kau.” Ucap Iwan dengan nada marah.
“Suka hati kaulah nak cakap aku apa Wan. Aku tak peduli pun. Untuk pengetahuan kau, aku dengan Tasya memang dah lama couple. Cuma aku dengan dia tak nak kecoh-kecoh kat sekolah ni. Sebenarnya aku dah lama kenal Tasya. Sebelum aku pindah ke sini. Keluarga aku pun dah lama kenal dia.” Balas Hariz.
“Betulkah kata-kata Hariz tu Tasya? Kau cakap dengan aku dulu kau single. Kenapa kau tipu aku?” Iwan bertanya pula kepada Tasya. Dia pasti yang kata-kata Hariz itu semua tipu. Dia mahukan kepastian daripada mulut Tasya sendiri.
Tasya megiakan saja kata-kata Hariz itu. Dia tidak tahu hendak cakap apa lagi. Lina pula hanya menjadi pendengar saja sejak tadi. Lina tak mahu masuk campur hal mereka. Iwan sudah terduduk di tepi tangga itu setelah mendengar pengakuan daripada Tasya. Hariz terus mengambil buku teks yang dipegang oleh Tasya. Sebelah tangannya lagi menarik tangan Tasya menaiki tangga.
Nasib baik apabila mereka menjejak kaki ke dalam kelas cikgu belum masuk. Kalau tidak pasti kena berdiri di atas kerusi kerana lewat. Mereka bertiga menuju ke tempat duduk masing-masing. “Nasib baik cikgu belum masuk Riz. Kalau tidak, pasti kita bertiga kena denda.” Tasya berbisik kepada Hariz disebelahnya.
“Saya dah tahu cikgu masuk lambat hari ini. Kalau tak, tak sempatlah saya nak berlakon tadi. Tadikan saya yang tolong Cikgu Bahar.” Hariz membalas dengan berbisik juga.
 “Oo....patutlah kau sempat merepek tadi. Suka kau dapat kenakan aku kan?” Tasya berbisik lagi.
“Habis itu, awak nak saya jawab soalan dia macam mana? Idea itu yang tiba-tiba datang. Saya cakap sajalah. Lagipun, dia tak syak apa-apa.” Balas Hariz sambil tersengih. Tiba-tiba terdengar suara ketua tingkatan mereka, Afi memberi salam. Serta-merta mereka berdua bangun dan memberi salam kepada Cikgu Bahar yang baru memasuki kelas.
“Kenapa cikgu masuk lambat hari ini?” Nimal Ram bertanya mewakili pelajar yang lain.
“Cikgu ada kerja sikit tadi. Kamu sudah siapkan kerja sekolah yang saya beri minggu lepas? Kalau sudah siap, sila letak di atas meja masing-masing. Saya akan cek seorang demi seorang. Tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada hukuman. Sebelum saya round, lebih baik mengaku jika ada yang belum siapkan kerja saya.” Cikgu memberi peluang kepada mereka untuk mengaku. Namun tiada seorang pun yang mengaku. “Baiklah. Nampaknya semua sudah siap. Kalau saya dapat tangkap siapa yang belum siapkan lagi, siaplah kamu semua.” Cikgu berkata sambil menyemak latihan yang diberinya dari satu meja ke satu meja. Disebabkan giliran Tasya dan Hariz lama lagi, mereka masih sempat menyiapkan apa-apa yang tertinggal.
Setelah Cikgu Bahar habis menyemak latihan-latihan yang lepas, dia memulakan pengajarannya yang baru pula. Tidak sampai 20 minit Cikgu Bahar mengajar mereka, loceng sudah pun berbunyi menandakan waktu pertama telah habis. Kebetulan waktu Cikgu Bahar hari ini hanya satu masa, bermula pukul 7.35 pagi hingga 8.10 pagi.
Sementara menunggu Cikgu Mahani masuk, Lina sempat menyakat Hariz. “Riz, mana kau dapat idea pasal kau orang berdua dah kenal lama ha? Cepat saja idea kau datangkan?” Bisik Lina kepada Hariz sambil tersenyum.
Hariz pula memandang wajah Lina dengan pandangan pelik. ‘Dari siapa pula budak ini tahu? Pelik betul.’ Hariz berkata dalam hati. “Idea apa yang kau cakap ini? Aku tak fahamlah.”
Tasya hanya senyum melihat gelagat Hariz. “Relaxlah Riz. Lina dah tahu tentang rancangan kita tu. Aku yang bagitahu dia. Tapi kau jangan risaulah. Kita bertiga saja yang tahu tentang ini.” Tasya memberitahu Hariz cerita yang sebenar.
“Oo.....patutlah tiba-tiba Lina tanya benda pelik. Awak pun, kenapa cerita kat dia? Saya baru nak berlakon jadi pakwe awak depan Lina tadi.” Lina hanya menjelir lidah ke arah Hariz dan berlalu ke tempat duduknya apabila cikgu yang dinanti telah tiba.


Seperti kebiasaan, Tasya tidak ke kantin dan terus ke perpustakaan. Ketika itu Hariz dan Tasya sedang menyusun buku-buku di dalam laci meja mereka. Tiba-tiba muncul Izyan dan Wani di depan pintu kelas. Izyan dan Wani mengajak Tasya serta Lina ke perpustakaan. Tasya mengenyit mata ke arah Lina dan memulakan lakonan. “Abang, sayang nak pergi library ni. Abang nak ikut sekali atau nak sayang teman abang makan?” Tasya bertanya Hariz dengan suara manjanya.
“Abang laparlah sayang. Sayang temankan abang makan ya. Lagipun kalau abang pergi kantin,sayang pula pergi library, siapa nak jaga sayang? Mesti Iwan akan kacau buah hati abang yang sorang ini lagi. Sayang temankan abang ya?” Begitu romantis sekali Hariz bersuara.
Okay, sayang temankan. Jomlah kita pergi. Nanti panjang pula barisan kat kantin tu. Nanti abang juga yang tak sempat nak makan.” Tasya menjawab pertanyaan Hariz tadi. Tasya bagai nak tergelak apabila melihat wajah Izyan dan Wani yang jelas terperanjat dengan adegan yang dilihatnya. Tasya masih boleh menahan gelaknya.
“Hmm......nampaknya kau tak ikut kamilah ni. Tak apalah, kau orang pergilah makan. Jangan lupa belanja aku tau. Pergilah cepat. Nanti kantin penuh.” Lina berkata bagi pihak Izyan dan Wani yang masih tidak bersuara setelah mendengar perbualan antara Tasya dan Hariz.
“Kalau macam tu, aku dengan Tasya pergi dulu ya.” Ucap Hariz kepada mereka bertiga. “Jom sayang.” Hariz mengajak Tasya sambil tangannya memeluk pinggang Tasya. Apabila mereka sampai di tingkat bawah, Tasya melepaskan tawanya yang ditahan sejak tadi. Tetapi Tasya masih perlu berlakon apabila dia terpandang wajah Iwan tidak jauh dari tempat mereka berjalan. Tasya berpura-pura manja disebelah Hariz.
Sampai di kantin, Hariz terus berbaris untuk membeli makanan. Tasya hanya menunggu di meja sahaja. Sempat juga Tasya berpesan kepada Hariz. “Riz, jangan lupa belanja aku dengan Lina.”
Hariz hanya melemparkan senyuman kepada Tasya yang duduk tidak jauh dari tempat dia beratur. “Ini dia sayang. Satu plastik ini untuk sayang, dan lagi satu untuk Lina. Dahlah. Jom gerak ke library.” Hariz menghulurkan dua plastik kuih beraneka jenis itu kepada Tasya.
Tasya menyambut plastik yang dihulurkan kepadanya sambil berkata, “Riz, kau dah lupa ya? Kau jadi pakwe aku depan geng kita saja.”
“Saya tak lupalah. Saja nak panggil sayang. Tak boleh?” Hariz merenung wajah temannya itu. ‘Kenapalah kau ni lawa sangat Tasya? Sampaikan aku sanggup buat apa saja untuk selalu berada disisi kau.’ Bisik hatinya.
 Tasya pula malas nak melayan kerenah Hariz. Lantas dia bangun dan berjalan ke perpustakaan. Hariz berlari untuk menyaingi Tasya. “Hei! Tasya, tunggulah saya. Awak main tinggal saja saya kat belakang. Saya inikan pakwe awak. Tak baik tau buat macam ni.”
“Kau ni Riz, ngade-ngade betul. Aku dah cakapkan, yang kau cuma menyamar depan geng kita. So, kau bukannya pakwe aku secara rasmi. Understand?”
 “Alahai Tasya, saya nak gurau sikit pun tak boleh. Janganlah marah.” Hariz memujuk Tasya yang sedang marah itu.
 Apabila sampai di depan perpustakaan, Tasya tidak terus masuk ke dalam kerana dia belum menghabiskan kuih yang dibeli di kantin tadi. Kebetulan Lina sedang menunggu di depan pintu masuk lalu dia menghulurkan kuih yang di beli Hariz tadi kepada Lina.
“Thank you Tasya. Aku ingatkan kau lupa tadi.”
“Eh, mana boleh lupa. Karang tak pasal bocor rahsia aku dengan Hariz.”
“Ala... kalau kau tak belanja aku pun, rahsia tu tak akan bocor. Kau ingat aku tak pandai simpan rahsia? Aku bukannya macam orang tu.”
“Kau cakap tentang siapa Lina? Maya budak kelas 3D tu ya?”
“Yelah. Siapa lagi kalau bukan dia. Eh, dahlah jom masuk. Kau tu bertugas hari ini. Nanti ada orang report pulak.”


“Wei, tunggu surut dululah. Ramai sangatlah. Nak keluar pagar pun susah.” Ucap Tasya kepada Lina, Izyan dan Wani. Mereka bertiga hanya mengangguk kepala tanda bersetuju. Tiba-tiba terdengar suara seseorang memanggil namanya. Tasya menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menjerit-jerit memanggilnya. Seperti yang dijangka Iwan yang menjerit namanya.
“Tasya, kenapa kau buat aku begini? Kau memang betul tak ada apa-apa perasaan pada aku? Kau tak sayang aku langsung?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Tasya.
             “Hoi, kau demam ke apa? Takkanlah aku ada perasaan cinta pada kau. Aku dah ada Hariz lah. Kau tu cuma kawan biasa. Lagipun, layakkah lelaki penipu macam kau nak jadi buah hati aku? Lu fikirlah sendiri.” Balas Tasya.
“Aku sayangkan kau Tasya. Takkan kau tak boleh nak maafkan aku langsung. I love you so much. Aku tak boleh hidup tanpa kau.”
“Hahaha..... kau buat lawak apa ni Wan. Kau nak aku maafkan kau? Boleh, tak ada masalah. Cuma satu sahaja masalahnya. Kau nak tahu apa?”
“Apa masalahnya?”
“Masalahnya, aku dah bencikan kau. Puas hati? Kau sendiri yang nak aku benci kau kan? Terimalah sekarang. From now, don’t try to disturb me. Understand? Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila pun.”
Hey, what’s going on? Kenapa Tasya? Apa yang Wan dah buat pada awak?” tiba-tiba Hariz  muncul di celah-celah Wani dan Izyan.
“Entahlah Riz. Awak tanyalah kawan baik awak ni. Menyakitkan hati orang saja kerjanya. Macam dah tak ada perempuan lain yang dia nak kacau. Dia dah buat salah dengan kita baru terfikir nak minta maaf. Sebelum buat tu bukannya nak fikir akibatnya. Sekarang ni padanlah muka dia.”
“Dahlah tu sayang. Kita balik dulu ya. Biarkan saja Wan dekat sini. Jalan balik dia bukannya sama dengan kita.” Hariz memujuk Tasya sambil menolak basikalnya ke luar pagar sakolah. “Wani,Izyan,Lina kami balik dulu. Kau orang tolong nasihat sikit si Wan tu. Jangan suka nak main-mainkan perempuan.”
Setelah Tasya dan Hariz tidak kelihatan dari pagar sekolah, barulah Lina bersuara. “Kau ni kenapa Wan? Kau tahukan yang Tasya tengah marah sekarang. Kau janganlah kacau dia. Tunggulah kemarahan dia reda sikit. Tak sabar-sabarlah kau ni. Kalau kau nak tahu, Tasya dengan Hariz tu berlagak saja macam couple tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun. Aku dah janji dengan Tasya akan rahsiakan perkara ni. Tapi disebabkan aku kasihankan kau lah aku bagi tahu rahsia dia. Tasya tu pun masih sayangkan kau. Dia cuma nak buat kau sakit hati saja. Memang tak dinafikan yang Hariz tu ada perasaan pada Tasya. Kau dengan Riz kena bersainglah untuk rebut hati dia. Takkan kau nak mengalah dengan Riz kot.”
“Dia orang berlakon saja rupanya. Aku ingatkan dia orang betul-betul couple. Tapikan, kalau Riz yang jadi pakwe si Tasya tu pun okey juga. Nampak padan sangat. Riz tu loving person. Tak macam kau Wan. Menyakitkan hati saja. Bolehkah kau jadi pakwe Tasya. Alamatnya Tasya asyik merajuk sajalah dengan kau.” Kata Wani sambil digelakkan oleh Lina dan Izyan.
“Tak mengapa. Kau orang gelaklah. Aku lebih romantik daripada Hariz tau. Kau orang tunggu sajalah nanti. Sudahlah. Malas aku nak berbalah dengan kau orang lagi. Lebih baik aku balik rumah.” Ucap Wan kepada Wani,Lina dan Izyan. ‘Aku akan pujuk hati kau balik Tasya. Aku tak sanggup lihat kau mesra-mesra dengan Hariz. Dia dahlah budak baru kat sekolah ni.’ Hatinya berkata-kata.

bersambung........

No comments:

Post a Comment