ain Hasiman
1
“Aaaaaaaa………….. bosannya…..!” Tasya menjerit sendirian di dalam biliknya. Tiba-tiba Tasya teringatkan tentang drama kegemarannya. Drama ape lagi kalau bukan ‘Full House’. “Eh,sudah pukul berapa ini? Hah! Pukul 4.00 petang!” Lintang pukang Tasya berlari menuju ke ruang tamu untuk menonton drama kegemarannya.
Sedang seronok menonton gelagat Jie Eun bersama Young Jae, ada sahaja yang hendak mengganggu. Dikala dikau mencari cinta…. Aku memberi…. Handphone Tasya berdering. Tasya berlari ke bilik untuk menjawab panggilan.“Eh, siapalah yang suka sangat ganggu aku pada waktu-waktu aku sedang berehat begini. Aik, nombor siapa pulak ini?” Pantas sahaja Tasya menjawab panggilan. “Hello, siapa di sana? Hello! Eh sudah letak pulak dia. Monyet manalah agaknya ini”.
Terlalu lamakah hubungan yang kita bina…… Sekali lagi handphone Tasya berdering. Kali ini Tasya malas hendak menjawab panggilan. Dia membiarkan sahaja handphonenya berdering. Hanya satu sahaja cara untuk mengetahui monyek mana yang suka mengganggu ketenteraman aku. Iaitu melalui hikmat pesanan ringkas(sms).
Hi, assalamualaikum. Can I know who’re u? Why u’re always missed call my no.?
Bzz…..bzzz….bzzz….
Hang nie betul2 ke nak tau sape aku? Sye rse takyahlah. Awk just prlu tau yang sye adlh someone special would like to know about u. Can I know ur name please?
“Gila ke budak ini? Sudah hendak mampus agaknya. Boleh pulak dia kata yang dia special. Perasan betul.” Awak nie gile ke ape? Kenape pulak awak kate saye xpatut tau sape awak? Saye memag patut tau sebab awak dah kacau saye. Mane awak dapat no.saye hah?
Bzzzz……bzzzz…..bzzz
Awak ni degillah. Saye kate xpayah tau tu xpayahlah. Awak ni pompuan ke laki hah?
“Eeeeiiiii…..kau memang sengaja buat aku marah. Tak mengapa, kau belum kenal aku siapa”. Kalau saye perempuan pun awak peduli ape hah? Kalau awak xnak bagitau sape awak, buat ape saye nak bagitau sape saye. Soalan saye tadi awak xjawab, dah tanye soalan len.
Bzzz…….bzzz…..bzzzzzzz……….
Yang awak nak marah2 ni kenape? Oklah, I’m Hariz. U can call me Riz jer. Name awak ape?
“Tasya……… Daripada tadi kau berkepit dengan handphone tu, sekarang ini dah pukul berapa. Tak reti-reti hendak mandi? Kau nak tunggu putera raja mana pulak mandikan kau hah?” Jerit Syarmila, kakak sulong Tasya.
“Kejap lagi kite mandilah. Yang kakak nak bising-bising ni kenapa?” Balas Tasya. Pada malam itu Tasya tidur lebih awal daripada hari-hari yang lain.
Ha….ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku, kini ku termimpi, mimpi ku menagih kasih…….. “Siapalah yang kacau aku pada tengah malam begini. Menyibuk betul. Laaaaa….. no. ini lagi. Dah tak ada orang lainkah? 0172677781….. Apabila aku jawab, mesti dia letak. Eh, ada mesej pulak”. Kenapa tak balas message saye? Saye dah bagitau name saye, tapi awak belum bagitau name awak. ‘Dia ini selagi aku tidak balas, selagi itulah dia mengacau aku. Mamat ini tidak fikir hendak ke sekolahkah esok. Oppss…. Lupa pulak lelaki mana ada fikir hendak ke sekolah’. Okey name saye Nur Natasya bt Abd Rahim. Saye nak tau daripade mane awak dapat no.sye?
Bzz…….bzzzzz……bzzzz…..
Kenape mesti tanye dari mane dapat no? Saye dapat no awak dari myspace. Puas hati? Ape lagi yang hang nak tau, cepatlah tanye.
Ms? Are u sure u fine my no from that way? Setau saye, saye tak pernah ade ms pun. Macam mane pula no saye ade kat ms?
Bzzzz…..bzzzzz…..bzz…..
Manelah saye tau. Yang pasti dari situ saye dapat no awak. Kalau awak tak ade ms, maybe kawan awak ade. I hope we can be a bestfriend or more than it.
We just can be a bestfriend. I don’t think want to couple with any boy. Okeylah, saye dah ngantuk. Good nitez n sweet dream. I love u as my new friend. Bye….
Bzzz…..bzzzz…….bzz……
Okeylah I can sleep now becoz of u. I love n miss u SAYANG.
‘Gila betul mamat ini. Arghh….lebih baik aku sambung tidur. Daripada asyik fikir tentang mamat gila itu’.
Ringgggg………….jam loceng sudah berbunyi, tetapi Tasya masih berlingkar di atas tilam empuknya. Tasya hanya terbangun apabila dia terdengar jeritan ibunya. “Tasya, bangun….. Sudah pukul 6.00 pagi. Karang kau lewat ke sekolah pulak. Baju sekolah kau itu sudah gosok ke belum? Tasyaaaa………..bangun…. Izyan telefon itu. Cepatlah bangun”. Sengaja ibunya berkata demikian. Kalau tidak berkata begitu, Tasya memang tidak akan bangkit daripada tidur.
Tasya memisat-misat matanya sambil mencuri selimut untuk dilipat. Tasya berkata di dalam hati. “Apalah yang kau hendak pagi-pagi begini. Tidak boleh tunggu di sekolah sahajakah?” Tasya terus menuju ke meja telefon dan mengangkat gagang. “Hello,…….” Tuttttt……tuuuttttt…… Eeeee….mak ini tdak ada kerja lainkah? Kelentong orang sahaja kerjanya”. Kata Tasya sambil berjalan ke bilik untuk mengambil tuala mandi.
“Kalau mak tidak berbuat begitu, kau itu tidak reti-reti hendak bangun. Sudahlah. Jangan hendak banyak songeh. Pergi mandi cepat. Adik-adik kau itu pun mahu mandi”. Balas emak sambil memasak nasi goreng untuk sarapan pagi merka.
Selepas selesai mandi, Tasya terus bersiap untuk ke sekolah. Tasya menjamah sedikit nasi goreng yang dimasak oleh ibunya. Kemudian Tasya menunggang basikal kesayangannya ke sekolah. Tasya seorang pelajar tingkatan 3 di SMK Warisan Bestari. Setibanya di sekolah, Tasya meletakkan basikalnya di tempat yang disediakan.
Kamu ini, sudah berapa kali pak cik hendak ulang. Letak basikal jangan sampai double line. Faham? Setengah daripada tempat letak motosikal itu pun tempak letak basikal juga. Sudah bagi banyak ruang kamu tidak mahu guna pula”. Rungut pak guard sekolah kepada pelajar-pelajar lelaki yang tidak faham-faham bahasa.
“Pak guard ini tidak ada kerja lainkah? Asyik membebel sahaja kerjanya”. Bisik hati Tasya. Dalam perjalanan menuju ke tapak perhimpunan, dia ditegur dengan seorang pelajar lelaki yang tidak pernah dia lihat di sekolah itu. Paras rupa pelajar itu, bolehlah tahan. Sedap mata memandang.
“Hai, assalamualaikum. Tumpang tanya, di mana pejabat? Nama saya Tengku Hariz Haikal bin Tengku Ismail. Saya baru lagi di sini.
“Ohh….baru lagi ekk? Patutlah aku tidak pernah lihat kau sebelum ini. Apa kau Tanya tadi? Dekat mana pejabat ekk? Follow me and aku akan tunjukkan kau. Nama aku Nur Natasya bt Abd Rahim. You can call me Tasya sahaja”. Balas Tasya sambil berjalan menuju ke pejabat.
“Awak ini form berapa? Saya form 3”. Kata Hariz.
“Same like you lah. Okay, now kau dah sampai depan pintu pejabat. Aku nak turun sekarang. Bye…….see you again”. Ucap Tasya. Tasya berlari menuruni anak tangga untuk menyertai rakan-rakannya yang sedang lepak di hadapan koperasi sekolah.
“Hey guys, what’s the interesting news today?” Tasya bertanya kepada Lina, Wani dan Izyan dengan wajah gembira.
“Hari ini tak ada berita yang menariklah Tasya”. Jawab Lina.
“Wani, aku nak tanya kau sikit ni. Kau kenal tak nombor ini? 0172677781. Semalam dia asyik missed call aku saja”. Tanya Tasya sekali lagi.
“Aku tak kenallah. Nombor itu pun asyik missed call aku. Entah budak mana. Aku malas nak layan”. Jawab Wani.
“Hmmm…………” Tasya hanya mengeluh.
Di dalam kelas,guru tingkatan memperkenalkan pelajar baru kepada kami. Sungguh tidak diduga bahawa pelajar baru yang diperkenalkan kepada pelajar 3 Anxious itu adalah mamat yang menegurnya pagi tadi. “Good morning class. Today we have a new friend”. Ucap Teacher Kamalia.
“Assalamualaikum. Nama saya Tengku Hariz Haikal bin Tengku Ismail. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Saya harap kawan-kawan boleh memberi tunjuk ajar kepada saya”. Selepas memperkenalkan diri, Hariz mencuri tempat duduk. Kebetulan ada tempat kosong di sebelah Tasya. Tanpa bertanya, Hariz terus duduk di sebelah Tasya.
Terkejut katak Tasya dibuatnya. Tasya dan rakan yang lain memang tidak menyangka Hariz akan mengisi tempat kosong di sebelah Tasya. Dalam sejarah hidup Tasya, dia tidak pernah duduk disebelah pelajar lelaki di dalam kelas. Walaupun selama ini sahabat karibnya lebih ramai lelaki daripada perempuan.
Loceng rehat telah pun berbunyi.Lina dan Wani sudah sedia menunggu di tepi tangga. Seperti kebiasaannya mereka bertiga tidak makan pada waktu rehat jika mereka bertugas di library. Tiba-tiba terdengar suara Hariz memanggil Tasya. “Tasya,wait for me please. Awak boleh teman saya ke kantin?” Hariz bertanya tanpa menghiraukan teman-teman Tasya di sebelahnya.
“Hariz,Adam kan ada. Ajaklah dia temankan. Aku kena bertugas hari ini. Aku malaslah nak pergi kantin. Kalau kau tak nak pergi dengan Adam,kau boleh ajak budak lelaki lain yang ada kat dalam kelas kita.” Tasya membalas pertanyaan Hariz. Sesungguhnya Tasya tidak mahu orang lain salah sangka terhadapnya.
“Saya tak biasa dengan budak-budak lain. Lagipun,saya kenal awak dulu sebelum yang lain. Please……Saya harap sangat awak yang teman saya.” Hariz meraih simpati daripada Tasya.
“Sudahlah wei,tak payah nak gaduh-gaduh. Tasya,kami pergi ke library dulu ya. Kau temankanlah si Hariz tu ke kantin. Bukannya lama pun.” Lina dan Wani meninggalkan Tasya bersama Hariz di tepi tangga itu.
Dalam perjalanan ke kantin,mereka terserempak dengan Suhaila. Selamba badak saja dia perli Tasya. “Hai, Tasya tak puas-puas lagi ke dah rampas pakwe aku. Sekarang pakwe siapa pulak yang kau kebas ni?”
Tanpa mempedulikan kata-kata Suhaila, Tasya terus beredar dari situ. ‘Kau ingat aku heran sangat ke dengan si Sham tu. Tak sedar diri betul perempuan ni. Dia yang rampas pakwe aku dulu tak fikir pulak.’ Tasya merungut di dalam hati.
“Dahlah Riz, kau pergi kantin sorang-soranglah. Aku dah tak ada mood nak pergi. Lain kali kau ajaklah member yang lain. Jangan ajak aku lagi.”
“Who’s that girl?” Hariz bertanya dengan selamba.
“Itu bukan urusan kau. Kau tak payah nak ambik tahu. Nanti entah apa lagi yang budak-budak sekolah ni buat. Kau tu dahlah handsome. Dah tentu ramai budak perempuan sekolah ni tergila-gilakan kau. Aku tak mahu jadi batu penghalang.” Tasya terus berlalu ke perpustakaan. Dia meninggalkan Hariz dengan seribu persoalan di hati Hariz.
Tasya masih merungut apabila dia sampai di muka pintu perpustakaan. Dia memasuki perpustakaan itu dengan rasa sakit hati. Nasib baik orang yang dibencinya tiada di situ.
Lina dan Wani hanya memandang pelik. Tiba-tiba Izyan bersuara bertanyakan perihal Tasya yang kelihatan bengang. “Kenapa dengan Tasya tu?”
“Entahlah aku pun tak tahu. Kau tanyalah dia sendiri.” Lina menjawab pertanyaan Izyan itu.
“Takkanlah Tasya bergaduh dengan Hariz kot.” Wani cuba meneka kenapa Tasya begitu marah sekali. Masing-masing hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa.
Kringgggggg…………Loceng yang ditunggu oleh semua pelajar telah pun berbunyi. Sudah tiba waktu untuk pulang. Tetapi pelajar kelas 3 Cemerlang masih melalui proses pembelajaran. Kasihan Cikgu Yati. Pelajar-pelajarnya langsung tidak memberi tumpuan kepada apa yang diajar. Masing-masing sudah tidak senang duduk. Di dalam kepala otak mereka hanya ingin balik sahaja. Rakan-rakan yang semua sudah keluar. Hanya tinggal Izyan dan Tasya yang masih setia menanti Lina dan Wani di luar kelas.
“Wei, Tasya, Izyan sorry kami lambat. Kau macam tak tahu Cikgu Yati tu. Suka sangat bagi kami balik lambat.” Lina dan Wani merungut tidak puas hati.
“Alah…..aku dah biasa tunggu korang. Jomlah balik. Nanti bising pulak geng kita yang lain tu.
Mereka berempat berjalan beriringan menuju ke tempat letak basikal. Di tempat letak basikal itu, Zack dan Wan sudah menunggu sambil bercekak pinggang.
“Korang ni pergi mana? Penat kami tunggu tahu. Korang ni kalau dah cepat tu cepat sangat, kalau dah lambat tu lambat sangat. Korang ingat kami ni tunggul kayu ke?” Wan dan Zack berkata serentak.
“Yang korang nak marah-marah ni kenapa? Selalunya kami tunggu korang tu lagi lama tahu tak. Ni baru berapa minit menunngu dah nak marah-marah.” Tasya bersuara tak puas hati.
“Alah Tasya, kami gurau saja tadi. Janganlah marah.” Wan memujuk Tasya yang sememangnya tidak makan pujuk.
Tiba-tiba terdengar suara Hariz menjerit memanggil nama Tasya. “Tasya! Tunggu saya sekejap.”
“Kau nak apa Riz? Tak habis-habis nak buat aku marah.” Tasya bertanya dengan kasar.
“Saya nak tahu kisah awak dengan Suhaila. Kenapa bila awak terserempak dengan dia, awak terus nak marah. Kalau awak marah kat dia sekalipun, janganlah lepaskan pada saya. Saya tak tahu apa-apa pun Tasya. Saya baru saja berpindah ke sini.” Hariz tidak puas hati dengan kata-kata Tasya itu.
“Kau tak payah nak tahulah. Itu bukan urusan kau.” Balas Tasya dengan geram
“Kalau dulu, mungkin saya memang tak patut tahu. Tapi sekarang saya perlu tahu.” Hariz masih tidak puas hati.
“Aku dah malas nak cakap dengan kau lagi. Ke tepilah. Aku nak balik rumah.” Tasya dah malas nak melayan kerenah Hariz. Walaupun Tasya sudah memberi amaran ke tepi, Hariz tetap berdiri di hadapan Tasya. Apalagi Tasya langgar saja Hariz di hadapannya. Rakan yang lain tidak sempat berbuat apa-apa. Terjelepok ke tanah Hariz dibuatnya. ‘Itulah degil sangat. Aku dah suruh ke tepi tak nak. Berdiri lagi kat depan aku. Hah kan dah kena langgar. Dia ingat aku tak berani buat.’ Tasya berkata di dalam hati.
Adam, Nabil dan Nabila yang baru sampai di situ tertanya-tanya apa yang telah terjadi. “Wan, Zack apa yang dah jadi ni?” Adam bertanya kepada kedua-dua rakannya. Tetapi mereka berdua hanya diam sahaja.
Adam bertanya pula kepada Hariz. “Apa yang dah jadi pada kau ni Riz? Kau bergaduh dengan Tasya ke?”
“Aku tak gaduh dengan dia pun. Aku cuma nak apa yang dah jadi antara Natasya dengan Suhaila. Waktu rehat tadi kami terserempak dengan Suhaila. Entah apa yang si Suhaila tu cakap kat dia pun aku tak dengar. Lepas tu Tasya terus nak marah-marah. Aku tanya dia kenapa dia marah-marah. Tapi dia tak nak bagitahu pulak.” Hariz menjelaskan tentang apa yang telah terjadi.
“Ohhh…pasal minah gedik tu ke Tasya marah-marah. Patutlah kat dalam library tadi asyik merungut saja.” Ucap Lina tiba-tiba.
“Dahlah Riz, lepas ni kau tak payah tanya apa-apa lagi pasal perempuan gedik tu pada Tasya.” Wani pula memberi peringatan kepada Hariz.
“Korang dah cakap macam tu, mesti korang tahu apa yang dah berlaku antara merekakan?” Hariz bertanya lagi.
“Kami semua memang tahu. Tapi kami tak boleh cerita pada kau. Kami semua dah janji akan simpan cerita tu sebagai rahsia kami. Aku harap kau faham.” Ucap Izyan pula.
“Sudahlah. Mari kita balik ke rumah masing-masing. Perut aku pun dah mula berkeroncong ni.” Wan bersuara tiba-tiba. Mereka semua mula mengayuh basikal masing-masing. Hanya tinggal Adam, Nabil dan Nabila sahaja di situ. Mereka masih setia menanti bapa Adam menjemput mereka pulang.
Seperti biasa apabila Tasya sampai di rumah, dia terus mencampak beg sekolahnya ke atas kerusi yang terdapat di penjuru biliknya. Selesai menukar pakaian sekolahnya dia terus mencampak diri ke atas katil. “YAHOOO…. Tiba masa untuk tidur petang.”
Setelah satu jam berlalu, Tasya terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. “Tasya, bangun. Kawan-kawan Tasya datang ni.” Emaknya mengejut Tasya dari tidur.
Tasya bangun dan membuka pintu biliknya. Dia bertanya kepada emaknya. “Siapa yang datang mak?”
“Kawan-kawan Tasyalah. Siapa lagi.” Jawab emaknya. Tiba-tiba terjengul wajah dua orang sahabatnya itu, Lina dan Wani.
“Kenapa korang nak datang tak beritahu dulu?” Tasya bertanya kepada mereka.
“Saja nak buat surprise kat ko. Lagipun bukan selalu kami datang tak beritahu. Dahlah tu. Jomlah turun. Nanti membebel pulak si Wan dan Zack tu. Kau macam tak tahu perangai kawan kita tu.” Lina menjawap soalan Tasya tadi. Wani pula hanya berdiam diri sahaja.
Di bawah, lain pula ceritanya. Zack tidak habis-habis membebel. Hariz yang bersama mereka hanya berdiam diri. Dia takut jika Tasya enggan berjumpa dengannya. Tiba-tiba Zack bersuara. “Mana perginya perempuan-perempuan ni. Apa yang dia orang buat kat bilik Tasya tu Wan?”
“Manalah aku tahu. Hah! Tu pun dia orang dah turun.” Wan membalas pertanyaan Zack.
“Korang ni buat apa kat atas tu? Naik kematu bontot aku duduk atas sofa ni kau tahu?” Zack tidak henti-henti membebel daripada tadi.
“Rilexlah Zack. Padan muka penat tunggu aku. Siapa suruh tak inform kat aku dulu yang korang semua nak datang.” Tasya membela diri serta Lina dan Wani.
Tiba-tiba Hariz mencelah. “Sudahlah Tasya, awak tak perlu marah dia orang semua. Saya yang ajak dia orang datang sini. Sebenarnya ……….” Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Tasya telah mencelah.
“Kau buat apa di sini? Kan aku dah cakap aku tak mahu ade apa-apa kaitan dengan kau.” Tasya terperanjat apabila terdengar suara Hariz. Tetapi dia cuba mengawal suaranya.
“Tasya, saya datang untuk memohon maaf atas kejadian pagi tadi tu. Saya tahu saya tak patut tanya awak siapa perempuan tu. Saya harap awak dapat maafkan saya.” Hariz menyambung kembali kata-kata yang ingin diucapkan tadi.
Suasana sunyi seketika. Tasya masih tertanya-tanya sama ada mahu memaafkan Hariz atau tidak. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memaafkan teman barunya tadi. “Oklah aku maafkan kau. Lupakan saja pasal pagi tadi. Lagipun bukannya salah kau. Aku saja yang emosi.”
“Hah! Macam tulah kawan aku.” Tiba-tiba Wan bersuara.
“Wei, apa kata kita semua pergi jalan-jalan nak?” Zack mencadangkan sesuatu yang sememangnya akan membuat mereka semua gembira.
“Ok juga tu. Tapi kita nak ke mana?” Lina pula mengajukan soalan.
“Tak payahlah. Aku malaslah nak keluar.” Tasya bersuara secara tiba-tiba.
“Kalau kau tak mahu keluar tak apalah. Kitorang saja yang pergi. Kau duduk rumah elok-elok ya.” Wani membuat keputusan.
“Okay, kalau macam tu, jomlah kita gerak. Kau nak follow kami tak Riz?” Zack bertanya kepada Hariz.
“Tak apalah. Korang pergilah. Aku ada benda lagi yang nak di borakkan dengan Tasya.” Hariz menjawab.
Tanpa banyak soal, mereka semua pulang bersama-sama. Kini, hanya tinggal Hariz dan Tasya sahaja di ruang tamu itu. Ibu Tasya berada di dalam biliknya. Suasana menjadi sunyi buat seketika. “Tasya, Riz Tanya sikit boleh?” Hariz memulakan bicara.
“Apa dia Riz? Riz nak tahu pasal Suhaila dengan Tasya? Kalau itu yang Riz nak tahu, aku tak boleh nak cerita. Lagipun aku dah malas nak ingat balik. Buat aku sakit hati saja.” Tasya menjawab.
“Kalau macam tu tak apalah. Riz pun tak nak paksa Tasya. Riz harap kita boleh jadi kawan.” Ucap Hariz.
“Hmmm…..minumlah air tu.Penat aku buat air kalau kau tak minum.” Tasya rasa tak selesa pulak duduk berdua bersama Hariz di ruang tamu itu.
Tiba-tiba Hariz berkata. “Tasya, saya balik dululah ya. Saya ada hal kat rumah. Terima kasih kerana sudi maafkan Riz.”
Malam itu seperti biasa selepas solat maghrib, Tasya akan mengulangkaji pelajaran. Dia harus bersedia untuk PMR yang bakal tiba tak lama lagi. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Rakan yang lain masih buat tidak tahu dengan peperiksaan itu. Dia tidak mahu jadi seperti mereka. Tiba-tiba terdengar lagu tak tahu antara dua nyanyian farah dan adam berkumandang dari handphone kepunyaannya. Belum sempat dia menjawab panggilan, lagu itu sudah berhenti.
‘Siapalah yang suka mengacau bila aku nak study ni? Tak boleh tengok orang senang langsung.’ Tasya melihat senarai panggilan yang tidak dijawab tadi. “Hisy……apelah yang budak gila ni mahu. Malas aku nak layan budak ni.” SMS yang diterimanya pun tidak di balas. Dia mahu menumpukan perhatian terhadap subjek yang dipelajarinya. Jam di atas meja belajarnya telah menunjukkan pukul 11.00 p.m. Sekarang adalah waktu untuknya melelapkan mata.
Klau nk tau ape akn jdi slpas ni, trusknlh mengikuti blog sye ni k.....
No comments:
Post a Comment